COVID 19: BILA KKM HUBUNGI UNTUK DIKUARANTIN

Minggu ini negara dilanda gelombang ketiga virus Covid 19. Apa perlu dilakukan apabila KKM hubungi anda untuk dikuarantin kerana khuatir dijangkiti oleh Covid 19?


Kuarantin yang diminta oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia adalah bermaksud seseorang itu sedang menunggu ujian untuk mengetahui dia positif atau negatif virus covid 19.

Ye, nak tunggu result negatif ke positif pon kene kuarantin. Supaya incase kalau orang tu positif dijangkiti covid 19, dia tak menjangkitkan virus covid 19 tu kepada orang lain samada secara direct atau indirect.

Kita sekarang disuruh duduk di rumah pon atas alasan yang sama. Kalau positif, kita tak sebarkan virus pada orang lain. Kalau negatif, kita tak pula dedahkan diri untuk dijangkiti pada orang yang dia sendiri tidak tahu dia sedang membawa virus covid 19 di dalam badannya.

So, bila kene kuarantin nak tunggu result, apa nak buat?

Mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap individu yang dikuarantin perlu:

  1. Duduk kat rumah yang beralamat yang korang dah bagi pada pegawai kesihatan masa daftar untuk pemeriksaan kesihatan
  2. Kene duduk dalam bilik berasingan daripada ahli keluarga yang lain
  3. Tak boleh direct contact dengan ahli keluarga tanpa menggunakan mask
  4. Tak boleh jumpa saudara mara. Kalau jumpa jugak, ambil nama, nombor telefon dan catat tarikh bila jumpa. Kalau korang disahkan positif Covid 19, senang nak trace dan hubungi mereka untuk pergi buat pemeriksaan juga
  5. Kene rekod suhu badan setiap hari
  6. Pakai mask setiap masa kalau batuk dan selsema
  7. Call Pegawai Kesihatan Daerah jika alami batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada berpanjangan, demam melebihi 3 hari atau demam berulang selepas 3 hari
  8. Kerap bersihkan tangan dengan sabun atau sanitizer terutama selepas batuk dan bersin
  9. Bersihkan tempat yang terkena hingus atau kahak
  10. Biarkan pengudaraan yang baik di seluruh kawasan rumah
  11. Tutup mulut dan hidung dengan tisu bila bersin dan batuk. Buang tisu ke dalam tong sampah bertutup
  12. Jangan ngade-ngade nak bersiar-siar ke shopping mall atau sebagainya
  13. Makan makanan sihat dan bersih. Minum air secukupnya. 
Kepada anda yang dikuarantin, your life is not the end yet. Jaga diri, positifkan diri, banyakkan mendekatkan diri kepada Pencipta, banyak meminta maaf pada semua yang terdekat melalui whatsapp whatsapp laaa. And jangan lupa, pengambilan supplement harian jugak jangan dilupakan. 

Kepada korang yang menghadiri perhimpuan di Sri Petaling, kami seluruh rakyat Malaysia merayu tolonglah pergi buat pemeriksaan kesihatan supaya virus ni dapat dibendung dan dihapuskan insyaAllah. Jangan jadi punca merebaknya penyakit, ia juga dimurkai Allah. 


So guys, just stay home! Kita semua yang kene patuhi perintah kawalan pergerakan pon, duduk je lah rumah.  Ada 11 hari je lagi menuju 31 March 2020😃. Moga virus Covid 19 dibendung sehabis-habisan and by that time, dah takde orang baru dijangkiti lagi dan pesakit-pesakit yang dirawat juga semakin pulih..aminn

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA