SIMPAN HAND SANITIZER JAUH DARIPADA KANAK-KANAK

HATI-HATI, JANGAN SAMPAI ANAK KECIL AMBIK MAIN HAND SANITIZER

Hand sanitizer ibarat macam handphone  musim ni. Sentiasa ada dekat dengan tangan. Tapi kadang-kadang ditinggalkan sekejap lepastu tak ingat letak mana. Betul? 

Bila ada ada  kecik, semua dia nak kobek ingin tahu. 

Ada beberapa kemungkinan terjadi: 
  1. Ingatkan air, tuang masuk mulut
  2. Tuang semua ke lantai, licin jadinya lantai and risiko anak pegang masuk mulut dan mata
  3. Bawak botol hand sanitizer ke dapur dekat mak dia tengah masak, api menyambar, risiko nyawa dan kebakaran besar

Dan banyak lagi


Lihat lable sahaja dah cukup mengerikan. It is dangerous. Bukan barang mainan.

Kisah seorang kanak-kanak berumur 3 tahun dikejarkan ke hospital kerana kesan melecur seluruh badan perlu disebarkan pada orang ramai. Ni kes pertama dikongsikan yang admin pernah baca. Jangan ada kedua dan seterusnya, mintak jauh daripada anak-anak kita, nauzubillah.  

Macam mana boleh jadi? 

Mak sibuk membakar sampah di laman rumah. Anak yang  kecil berlari-lari  berumur 3 tahun ni berlari keluar. Tanpa si ibu menyangka yang anaknya memegang sebotol hand sanitizer yang masih penuh. 

Hampir saje kepada sumber api, kanak-kanak ni terus melemparkan botol hand sanitizer ni. Niatnya cuma nak bermain. Tapi, Inilah kecuaian yang membawa padah teruk. Api terus menyambar tangan, muka dan badannya. 

Meraunglah anak kecil ni menahan sakit!

Kandungan hand sanitizer ni adalah 70-90% alkohol. Ia tak ubah seperti minyak tanah wei. Yang mudah terbakar! Tengok balik lable atas tu. Yang ada api tu. Minyak tanah, minyak diesel semua ada ada lambang ni.

Simpanlah hand sanitizer di tempat yang anda tahu dan anak-anak tak boleh capainya. Jangan ulangi kesilapan ini. 

Hand sanitizer bagus untuk elakkan covid 19. Tapi jangan sebabnya pula nyawa tergadai. 



Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA