PUNCA SEBENAR PENYAKIT KRONIK

Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, strok dan kanser ibarat kawan baik masyarakat ketika ini. Muda lagi dah kene. Apakah punca sebenar penyakit kronik ni?

Ramai yang tertanya-tanya, muda lagi kenapa dah ada kencing manis? Muda lagi kenapa dah kene strok? Kalau dulu semua penyakit ni hanya akan dijumpai pada warga tua sahaja. Tapi tidak sekarang.

Sebenarnya, ramai orang tidak sedar apa yang mereka makan sekarang ni adalah pemakanan yang tidak baik. Orang putih kata, POOR DIET. Makan, tapi takde khasiat malah memburukkan kesihatan. Selain tu, tabiat merokok dan menjadi orang yang menerima asap rokok serta tidak melakukan senaman antara sebab penyakit kronik mula datang pada seusia muda.

Saya pernah mendapat pelanggan, umur baru 9 tahun. Tapi sudahpon mendapat kencing manis. Malang bagi kanak-kanak ini, insulin tidak langsung dapat dihasilkan oleh badan untuk menukarkan gula SEUMUR HIDUP. Bayangkan, tragis hidup anak ni tidak dapat menikmati kehidupannya yang jauh lagi perjalanan.

Masyarakat belum lagi sedar, bahawa pemakanan yang tidak baik inilah punca PELBAGAI PENYAKIT. Ramai lagi termasuk doktor perubatan tidak sedar, pemakanan yang mengandungi GULA RINGKAS menjadi punca kepada pelbagai masalah.

Gula ringkas ada di mana-mana. Ni lah GULA yang kita nampak dia sebagai gula. Setiap masakan dan makanan di Malaysia sangat tinggi gula. Air teh? Kuih lapis? Ayam masak merah? Kari kepala ikan? Lompat tikam?

Potong kaki!


Selama ini, kita asyik fikir LEMAK PUNCA SALURAN DARAH SEMPIT, LEMAK PUNCA KOLESTROL.

Tapi, tahukah anda lemak ada dua jenis. BADAN PERLU, dan BADAN TIDAK PERLU. Lemak yang tidak perlu sahaja kita tak boleh ambik.. Dan sebenarnya, gula terbukti menyebabkan salur darah kita semakin sempit.

Ramai jadi takut nak makan sebarang lemak. Makan gulai daging tak takut pulak. Sekarang ni semua orang dah beralih pada SUSU RENDAH LEMAK. Lemak dalam susu sebenarnya mengandungi lemak yang sangat bagus untuk kesihatan. Bila lemak ni dibuang, vitamin larut lemak yang ada pada lemak ni (Vitamin A,D, E, K) akan turut hilang. Ditambah pulak dengan vitamin sintetik. Kan rugi?

Inflamasi kronik seperti masalah jantung berlaku kerana badan kita hilang daya insulin atau namanya INSULIN RESISTANCE. Insulin tidak menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Gula semakin banyak termendap dalam darah, lalu salur darah tersumbat.

Malah, banyak kajian menunjukkan bahawa kerintangan insulin merupakan faktor utama bagi mendapat risiko stroke, tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan kanser.

Ambil pemakanan yang sihat, bersenamlah secukupnya dan jauhi rokok serta perokok. Anda mampu mengubahnya.

Pemakanan tinggi nutrisi seperti omega-3, Vitamin K, vitamin C, multimineral dan Vitamin D membantu mengurangkan insulin resistance. Darah juga akan mengalir lebih lancar dan membantu penyerapan nutrisi dengan lebih cekap.

Diet seharian masyarakat kita sememangnya kurang nutrisi. Suplement sangat disyorkan pakar-pakar kesihatan dunia untuk mencukupkan keperluan nutrisi seharian. Anda boleh mendapatkan suplement kesihatan di sini.

Hubungi kami, 
Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

References:

The Pioppi Diet. A 21-day lifestyle plan, by Aseem Malhotra and Donal O’Neill. Pp 348. Price £8.99. London: Penguin books; 2017. ISBN 978 1 405 93263 9

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0271531716308193

The prevention and control the type-2 diabetes by changing lifestyle and dietary pattern, retrieved https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3977406/

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA