CARA BUAT STOK SUSU PERAHAN DENGAN CEPAT

Hai semua. Tahniah! Anda ibu hebat kerana mencari solusi untuk buat stok susu perahan dengan cepat sebelum kembali bekerja. 

Tahniah juga anda belum surrender untuk terus berikan susu anda kepada bayi anda. Susu ibu? The best milk ever for infants until them becoming 2 years old. 

Soalan ni sebenarnya kerap ditanya di mana-mana group ibu menyusu. My friends and customer juga tak terlepas. 

Alkisahnya, saya juga seperti anda ketika anak pertama dulu. Nak masuk kerja, kononnya stok susu perahan dah banyak tak perlu risau la kannn. Yelah, bayangkan tong nasi warna biru atau merah atau hijau yang selalu ada kat tempat kenduri tu penuh! Tong besar taw. 1 yang besar, dan lagi satu yang kecik. Both full! Tapi malangnya, sampai Shah Alam je susu tu hampir kesemuaaa cair. Asalnya beku. 

Susu yang beku, bila cair hanya bertahan selama sehari sahaja. Kalau masih ada ketulan ais as in tak cair sepenuhnya maybe bertahan sehingga 2-3 hari. Huhu. Cair! Ohhhhhhhhhhhhh... 

Maka nadim mulakan kerja dengan stok susu perahan FRESH yang diperah sehari sebelum bekerja dan stok perahan pagi je. Sadis! Siap kene balik waktu rehat untuk susukan anak lagi. Sebab? Takut susu tak cukup 1 hal, takut anak tak minum susu dalam botol 1 hal. Hahahaha

Tapi alhamdulillah lepas seminggu bekerja, stok susu perahan nadim dah penuh peti😍. 

So, here nadim share apa yang nadim buat untuk dapatkan stok susu perahan yang banyak dan cepat. 

👉 CARA BUAT STOK SUSU PERAHAN DENGAN SUPER CEPAT 👈

1. Tandem nursing

Setiap kali anak menyusu tak kira jam berapa kecuali ketika tidur, nadim akan turn on pam untuk the other breast side. Sebelah breast anak sedut, sebelah lagi breast pam yang sedut. So ni lah tandem nursing. Pam dan susukan anak at the same time

Cara ni serius sangat EFISYEN! Sebab breast kita bila anak hisap susu, kedua-dua breast akan dirangsang SEKALIGUS untuk menghasilkan susu. Kalau anda perasan, masa anak minum sebelah, sebelah lagi akan ikut berdenyut dan mengeluarkan susu. Kan kan? 

So rugi lah kalau korang tak gunakan pam untuk sedut dia. By the way, gunakan milk collector juga okey, tak semestinya guna pam elektrik atau pam manual. Tapi untuk milk collector, jangan lekap dan biarrr je susu keluar. Korang kene suction and release ala-ala mengepam secara manual la eh. Baru lagi efisyen😊

2. Rajinkan diri buat power pumping

Ni kunci no 2 untuk buat stok susu perahan dengan cepat. Seminggu pertama nak susu banyak dengan drastik, memang setiap hari nadim buat power pumping atleast 2 kali sehari. Waktu awal pagi pukul 5.30 atau 6  pagi and waktu lunch hour. Wajibb! Pagi sebeb hormon oksitoksin tinggi di waktu malam, dan masa rehat sebab rehat sejam kan. Waktu lain tak sempat dah. Masa makan? Berkorban laaaa. Makan ngap ngap 10 minit settle dah😆😆

3. Makan makanan yang kalori tinggi dan penuh dengan zat

Nasi pagi, nasi tengahari, nasi malam! 3 kali nasi tak pernah skipped. Dan amount tu penuh sepinggan. Bukan sesenduk! Hohoho. Tak gemuk aihhhhh. Lepas makan terus ambik alatan mengepam atau ambik baby minum. Hihi

Sayur, buah jangan lupa plak. Kene mixed pelbagai jenis sehari. Supaya LENGKAP zat yang badan kita perlukan. Bila badan cukup zat, badan akan keluarkan susu dengan saaaangat mudah, lancar dan cepat. 

Lepastu lapar je, memang nadim makan apa sahaja yang ada. Biskut, roti, minum protein shake dan sebagainya

4. Pulun makan milkbooster

Masa Zayyad, milkbooster nadim hanyalah nasi dan sayuran yang banyak. Jadinya, memang pulun la macam-macam jenis sayur. Nasibla restoran dekat ofis tu hidangkan macam-macam jenis sayur. Heaven mami! 

Minum protein shake dengan kurma pon kind of my milkbooster jugak. Tambah lagi dengan badam, walnut, serbuk coklat. Pergghhhhh. Layan! Sekejap je breast refill and full. 

5. Jangan stress dan bacalah mantera susu

Mantera apa nadim ni??
Ni mantera dia, 
"susu aku cukup untuk anak aku"
Setiap kata-kata dan apa yang kita fikir tu adalah doa. Maka kita kene repeat ayat ni berkali-kali fikir dan cakap. Sampai muak pon takpe. Hihi

6. Make sure badan tak jatuh sakit

Hatta selsema atau demam sekalipon. JANGAN! Baru lah badan kita fit to express out huge amount of milk. 

Masa ni, nadim makan 1000-3000mg sehari vitamin C. Hoho. Banyak kan? Vitamin C memang takkan pernah berjauhan dengan sistem imunisasi badan. Cukup vitamin C, immune badan akan kuat, insyaAllah. Alhamdulillah, badan sihat sepanjang 6 bulan pertama bersalin tanpa demam atau selsema langsung😍

Okey, itu sahajalah perkongsian nadim kali ni. Semoga korang dapat follow and buat stok susu perahan dengan cepat dan cukup untuk bekalan anak!

I wish you very good luck mom's milk worrior!

With Love, 
Nadimah Muhamad
Mom of 2 fully breastfeed babies

Cara nak tambah susu badan dengan lebih cepat? 👉 Baca sini

Weekend, ketahui punca utama dan atasi kenapa susu anda sentiasa drop 👉 Baca sini

Cara cepat pekatkan susu badan 👉 Baca sini

Comments

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA