WEEKEND, WAKTU SUSU BADAN SELALU DROP
Hai semua. Selamat berhujung minggu. Bagi ibu breastfeeding yang bekerja, masa ni lah masa best untuk get away from so many breast pump acceccories kan?
Sama lah kita dulu-dulu. Weekend, hanya direct feeding je anak. Pam, tolak tepi. Banyak sangat benda nak kene basuh kan. Cuti sat!
Tapi bila balik kerja isnin, mula lah tengok jumlah susu yang dipam berkurang daripada hari-hari biasa. Hoho.
Why why?
Sebab kita dah kurangkan demand masa weekend. Bergantung demand pada baby je memang akan kurang berbanding dengan kita pam yang konsisten.
Lagi-lagi bila weekend kita asyik berjalan sana sini, anak yang semakin membesar ni pon lupa nak menyusu sebab sibuk nak observe benda-benda baru di sekeliling😌. Ada kalanya sampai bengkak la breast kan sebab jarang dikosongkan.
Back to rules demand and supply. Less demand, less supply.
Gigih la isnin nak pulun balik get back to normal supply untuk cover stok susu fresh pada baby esoknya pulak.
So, here nadim kongsikan cara nadim get back to normal milk supply.
5 TIPS UNTUK TAMBAH SUSU BADAN LEPAS PULANG DARI CUTI PANJANG
First of all, mommiesss dont worry okay. Ni adalah perkara BIASA bila lepas bercuti, SUSU SEDIKIT DROP DARIPADA KEBIASAAN.
1. PAM DENGAN KERAP DAN KONSISTEN
Perkara paling asas DEMAND DAN SUPPLY. Semakin kerap kita pam dan kosongkan breast, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Paling ideal 2-3jam sekali pam.
Kalau baby bersama, kerapkan penyusuan sekerap SEJAM SEKALI. GET BACK TO NORMAL ROUTINE. Harus diingat, sedutan baby lebih POWER daripada PAM.
TANDEM pam dan nursing juga boleh dilakukan untuk hasil berganda.
Nadim memang amalkan power pumping untuk COVER BALIK DEMAND YG KELAUT MASA CUTI. hihi. Setiap kali waktu rehat and sebelum balik kerja, memang nadim buat power pam ni. Pulun balik selepas cuti 2 hari.
2. MINUM AIR SEBELUM DAN SELEPAS PAM/ MENYUSU
Komponen utama susu adalah air. Kalau badan kita kurang air, badan bukan setakat jadi lemah dan lesu, kulit kering, bibir menggelupas, tapi susu ibu jugak akan cair dan sikit.
Minum air manis hanya membuatkan anda kenyang tetapi badan lebih dehidrasi.
Cuba gores kuku anda pada kulit tangan. Jika nampak kesan putih garisan kuku tadi, anda perlu tambahkan minum air lebih banyak.
Minum lah air sekurang-kurangnya 3 liter sehari secara berperingkat2. Masa weekend, tak yah cerita la kan. Air 2liter sehari? Hohoho. Nantikan tak boleh nak pergi berjalan. Asyik ke toilet nak terkencing je😅
3. JANGAN BERANGAN UNTUK DIET
Makan setiap kali tiba waktu makan. Dan makan nasi 3x sehari sebenarnya tak akan buat anda gemuk jika anda sedang menyusukan anak.
Ambik nasi cukup 1 genggam, lebihkan sayur dan buah untuk bantu kekal kenyang lebih lama.
Skipped nasi hanya akan mengurangkan susu badan anda!
4. JANGAN STRESS
Cool je mommies.. Bos marah pon rilekss. Husband marah pon rilekss. Baby nangis pon rilekssss.
Cakap pada diri, aku kene sabar. Aku tak boleh stress. Aku kan ibu menyusu.
Monday blues pon monday blues la. Layan jooo. Jgn stress stress.
STRESS hanya akan mengurangkan susu anda! Hormon oxytoxin dan prolaktin menjunam di saat anda stress.
5. AMALKAN SUPPLEMENT UNTUK MEMBERIKAN ANDA TENAGA
Amalan menganbil suplement sebenarnya bukan bertujuan milk booster. Tapi sebenarnya untuk badan kita kekal cergas dan bertenaga walaupon kita penat bekerja dan menyusukan anak.
Penattt wei bila nak pam susu ni. Tenaga kita keluar melalui masa nak pam ni. Kene duduk tak boleh baring. Susu plak korek tenaga daripada makanan yang dimakan tadi. Dah tu nak pegang anak lagi. Habis kebas tangan kaki. Sakit badan.
Belum lagi tambah ngan keseronokan bercuti, tapi banyak habiskan masa buat tu ni. Badan penatttttt. Cuti tapi tenaga banyak habis😅😂
Sebab tu suplement penting. Untuk bantu topup balik nutrisi badan kita yang dah hilang setiap kali menyusu. Bila period datang menjengah, nutrisi lagi banyak hilang. So topup dengan suplement.
.
Jika anda dibelenggu masalah seperti ini sekian lama, akak boleh bantu untuk selesaikan. Banyak lagi tips lain yang boleh saya kongsikan nanti.
.
Nak lagi banyak info??
Follow nadim yoooo. Kalau nk suplement untuk menyokong penyusuan pon roger nadim gak!😘😘
Testimoni set menyusu Shaklee:
Nadimah Muhammad
whatsapp: 014-9408215
Comments
Post a Comment