CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

Ramai ibu sekarang ni mula menggunakan sterimar untuk legakan anak yang selsema. Banyak video viral.


Tapi cara dalam video buat tu SALAH!

Ikuti perkongsian daripada seorang doktor di laman sosialnya, Dr Fyda Noh. 

Terkejut tengok video yang dah viral anak selsema kena tembak sterimar berkali-kali kat hidung.

Bukan sebab anak tu menangis jadi kesian. Tapi ingin saya nyatakan dengan terang dan jelas, cara tu sangat2 salah.

JANGAN SEKALI-KALI TRY KAT ANAK.

Kalau anak yang batuk selsema, yang berkahak tu, kahaknya bukan dalam hidung. Tapi mukus tu dalam paru-paru. Buat macam tu takkan legakan kahak dia. Makin sakit adalah. Dan sterimar tu dia tak pergi direct ke paru-paru, dalam hidung saja untuk legakan sumbat hidung ja.

Nasal spray tu air dia lebih pekat daripada cecair sel manusia. Bila kita spray, dia akan tarik air dari sel & melembutkan hingus yang kental. Jadi senang nak buang. Hingus tu boleh mengalir keluar. Bukan bertujuan nak tolak hingus dari hidung ke hidung.

Saya nak share info tentang penggunaan nasal spray ni.

1. Sebelum gunakan tekan dulu beberapa kali sehingga semburan halus yang keluar. Sakit tau tu sebab tekanan dia tinggi. Apalagi kalau tekan banyak kali macam tu.

2. Dudukkan anak kalau dia dah besar. Kalau baby boleh baringkan ke sisi, atau dudukkan dengan kepala senget ke sebelah.

3. Kalau anak gerak-gerak boleh bedung dia. Sebab prosedur ni memang tak selesa.

4. Masukkan muncung spray ke dalam hidung & tekan dengan lembut. Sekali atau 2 dah cukup.

5. Lap cecair yang meleleh dari hidung.

6. Sembur ke dalam hidung 1 lagi & lap kalau ada cecair keluar.

STOP!!!

Basuh muncungnya hingga bersih. Memang boleh guna bila-bila diperlukan atau ikut saranan doktor.

------
Kenapa tekan sterimar tu berkali-kali adalah sangat tak sesuai?

- cuba halakan sterimar ke atas dan tekan sekali. Tengok setinggi mana dia pergi? Tekanannya sangat kuat walaupun sekali tekan & antigraviti lagi tu. Sebab tu kena tekan pun lembut-lembut je.

- dan bayangkan pula, tembak kat hidung anak berkali2? Tolong la cuba tembak hidung sendiri.

jika takde sterimar, boleh buat air garam sendiri.

1 sudu garam
1 cawan air masak
Bancuhkan hingga garam larut

Gunakan picagari yang klinik sediakan untuk bayi minum ubat, sedut air garam kemudian picit ke dalam hidung bayi. Jangan terlalu kuat.

---

Kaedah cadangan untuk longgarkan kahak dalam paru-paru

1. Percussion - ini teknik fisioterapi untuk bantu orang yang tak boleh keluarkan kahak sendiri.


Untuk baby ada cara dia. Jangan main ketuk je dada dia tu. Tapi guna tangan dengan bentuk scoop & gerakkan sendi lengan saja. Lembut-lembut saja ok..

2. Garlic steam - memang saya sangat suka ni. Ambik beberapa ulas bawang putih, dibakar sehingga berbau. Boleh campur lemon juga. Dan wapkan hidung baby. Kadang2 saya letakkan juga habbatus sauda kedalamnya.

Saya suka buat dalam bilik air sebab nanti wapnya akan tersebar & tak perlu halakan secara direct ke dalam hidung baby.

Bawang putih dibakar campur habbatus sauda ke dalam minyak masak juga natural remedy untuk legakan batuk dan selsema. Tak perlu membazir beli balm mahal2

3. Neb kat klinik la - p klinik jumpa doktor cakap anak berkahak. Kalau perlu doktor akan neb untuk longgarkan kahak dia.

Kesian lah kat anak. Dah la tisu kat hidung tu nipis & senang berdarah. Kang lain pula jadinya.

Yang lebih penting, jaga pemakanan anak & tingkatkan imun dia untuk elakkan jangkitan penyakit. Sekarang memang banyak penyakit berjangkit senang merebak.

----
Jika anak sentiasa kene selsema dan batuk berkahak, saya lebih mudah sediakan suplement untuk dia tambahkan imunisasi supaya lebih tahan dan cepat baik.

Suplement yg saya maksudkan untuk anak adalah Omega guard dan Nutriferon. Kedua2 ni boleh diambil seawal 6 bulan usia bayi. Harus diingat, ini bukan ubat. Ianya suplement makanan tambahan untuk menambahkan imunisasi anak2.


Banyak feedback positif yang kami terima selepas ibu-bapa memberikan nutriferon dan omega guard ni pada anak-anak.

Antaranya:
1. anak lebih cepat baik daripada selsema, dulu seminggu dua minggu baru baik. Sekarang, 2-3 hari je dah kering terus hingusnya.

2. Anak dah jarang ke hospital dan tak perlu nebulizer lagi selepas ambik suplement Nutriferon dan Omega ni. Dia pon dah jarang demam.

3. Selain daripada jarang demam, anak saya sangat cepat pickup belajar. Dia jadi semakin pandai berbanding dulu lepas makan omega ni. Bagus lah omega ni.



Apa tunggu lagi, berikan anak-anak anda Nutriferon dan Omega guard ni sebagai perisai semulajadi mereka tanpa ubatan dan kurangkan risiko mereka sering sakit.

Dapatkan suplement Nutriferon dan Omega guard sekarang.

Klik di bawah untuk terus membeli. Penghantaran akan dibuat menggunakan Gdex Express. Dan wassap saya untuk mengetahui cara-cara pengambilan yang betul.

Jika anda kurang pasti, dan ingin bertanya lanjut, boleh hubungi saya seperti berikut

Fb: Nadimah Muhammad

Instagram: Nadimah_Muhammad

Whatsapp: 0149408215


Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Jalan KebKlang, Subang Jaya, saya adalah pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya,Jalan Kebun, Panglima Garang, Klang, Subang Jaya.

Comments

Popular posts from this blog

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

5 CARA KELUARKAN SUSU BADAN YANG SEDIKIT SELEPAS BERSALIN