UJIAN AIR KENCING KETIKA MENGANDUNG

Kenapa pergi klinik ibu mengandung selalu kene buat ujian air kencing?

Dahla awal pagi, nak kencing air pon takde. Leceh betul.

Puan, di Malaysia ni bila seseorang wanita disahkan hamil,si ibu perlu ke klinik berdekatan pada usia 3 bulan ke atas untuk membuka buku rekod kehamilan atau lebih dikenali sebagai “buku Pink”

Antara item yang perlu ibu bawa untuk register kehamilan adalah:

1. IC ibu

2. Kad Nikah

3. Alamat pekerjaan suami kalau tak ingat (Untuk nurse tulis pada buku rekod)

4. Buku rekod kehamilan sebelum jika pernah hamil

Sebaiknya buat temujanji terlebih dahulu kerana ada beberapa klinik ada tarikh dan masa tertentu serta kawasan jajahan masing-masing untuk pemeriksaan

Adakah nurse akan minta buat ujian air kencing setiap kali lawatan ke klinik?

Bagi kebanyakan klinik di Malaysia, sample air kencing akan diambil setiap kali pemeriksaan prenatal. Tetapi, ada juga klinik yang tidak menjalankan ujian air kencing ni kecuali ibu ada sebarang symptom masalah kesihatan tertentu.

Di awal kehamilan, anda hanya perlu ke klinik sebulan sekali jika tiada sebarang masalah.

Ada sesetengah nurse akan memberi tunjuk ajar untuk mendapatkan specimen air kencing yang lebih bersih (air kencing pertengahan). Tapi ada juga nurse hanya menyuruh anda untuk kencing sedikit ke dalam cawan yang disediakan.

Bagaimana mendapatkan specimen air kencing pertengahan?

Anda akan diberikan sekeping cawan kertas dan disuruh ke tandas yang disediakan. Pertama sekali, cuci tangan anda sehingga bersih. Bersihkan kemaluan anda menggunakan air kemudian lapkan dari depan ke belakang menggunakan tisu atau sapu tangan bersih.

Kencing ke dalam toilet beberapa saat, dan dihujungnya selitkan cawan kertas yang disediakan di bawah aliran kencing untuk mengambil sample air kencing. Ambil ample secukupnya dan jika air kencing anda sedikit, jangan cuba-cuba untuk tambahkan dengan air paip pula!

Sebab itulah, sebelum ke klinik berdekatan, minum air yang cukup terlebih dahulu dan terus buat sample air kencing setibanya di klinik. Jika kencing dulu tanpa ambil specimen, anda mungkin alami masalah kekurangan air kencing untuk sampling seterusnya.

Serahkan di kaunter nurse secepatnya untuk diletakkan “dipstick” atau pengukur berwarna.

Bagaimanakah ujian pengukur warna dijalankan?

Nurse akan check air kencing menggunakan pengukur berwarna dan membezakan mengikut skala

Apakah kegunaan ujian air kencing?

Gula

Biasanya, di awal-awal kehamilan, kehadiran gula dalam air kencing dianggap biasa je. Tapi sekiranya setiap bulan temujanji paras gula ini semakin meningkat, nurse akan menyuruh anda menjalani test gula dalam darah. Jika kehadiran gula tinggi daripada normal, anda disahkan menghidapi “gestational diabetes” atau diabetes ketika kamil

Ujian air gula ini diwajibkan pada mereka yang berumur 23 tahun dan ke atas samaada sekali, 2 kali atau 3 kali bergantung pada individu dan risiko mereka.



Protein

Ujian air kencing juga melihat kepada protein dalam air kencing. Ada atau tidak. Jika terlebih protein dalam urin, ia menunjukkan tanda salur kencing terkena jangkitan, masalah buah pinggang atau beberapa masalah lain.

Ia juga adalah tanda awal bahawa anda mungkin akan mengalami masalah preeclampsia jika disertai dengan tekanan darah yang tinggi.

Ketones


Ketone terhasil apabila badan mula memecahkan lemak dan tenaga yang tersimpan. Ini berlaku apabila ibu tidak mendapat karbohidrat dan tenaga yang cukup.

Kebiasaanya terjadi pada ibu yang mengalami alahan yang sangat teruk. Makan semuanya dimuntahkan balik dan keadaan ibu sangat teruk. Nurse akan buat ujian khusus untuk lihat bacaan ketones ni.

Jika bacaan ketone sangat tinggi dan ibu masih alami kesukaran untuk makan, normally ibu akan dimasukkan ke ward dan diberikan suntikan intravenous dan ubatan.

Namun, kalau bacaan ketone berserta gula tinggi, itu adalah tanda ibu ada diabetes

Sel darah dan bakteria

Ini pada Malaysian sangat jarang la dibuat unless ibu ada masalah kencing kotor atau keputihan yang sangat teruk hingga menyebabkan kemaluan gatal dan berbau. Keadaan ini kerap kali terjadi bila ibu kurang minum air, kurang imunisasi dan cara ibu menyucikan kemaluan selepas membuang air.

Jika terdapat kuman dan bakteria, doctor akan berikan antibiotic sebagai rawatan dan mencegah bakteria daripada mengganggu kesihatan bayi. Keadaan ini boleh berulang dan membahayakan nyawa bayi dalam kandungan

Kebiasaannya, masa mengandung adalah waktu paling penting untuk bayi mendapat imunisasi secukupnya sebelum keluar ke dunia. Disebabkan itulah pengambilan vitamin sepanjang kehamilan sangat penting.

Garlic tablet antara item penting untuk mencegah masalah keputihan kronik dan kencing kotor. Protein supplement pula sangat penting untuk menggantikn sarapan diwaktu pagi yang penuh dengan gula. Protein supplement juga sangat membantu ibu yang alami alahan teruk untuk kekal bertenaga disepanjang kehamilan.

Dapatkan set prenatal vitamin anda segera. Cadangan saya, pilih supplement yang betul-betul berkesan serta selamat untuk anda serta bayi.

Jika anda inginkan suplement ibu mengandung, hubungi saya untuk konsultasi lanjut.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Jalan Kebun, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya.

Fb: Nadimah Muhammad
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 011-10408215

klik sini jika nak order lebih cepat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN