JANGAN TERTIDUR SAMBIL MEMANDU KERETA BALIK KAMPUNG NANTI

Ini tips saya untuk perjalanan jauh balik kampung nanti. Sebab saya pernah mengalami microsleep dan hampir kemalangan. Allahu.

Bayangkan dari johor bahru pulang ke kelantan bolih memakan masa 12-15 jam.

So perjalanan jauh begini menyebabkan badan jadi cepat letih dan mengundang kepada ‘microsleep’ .

Apa itu microsleep? Anda akan terlelap beberapa saat walaupun mata celik. Badan kita ni dah kira shutdown habis. Beberapa saat inilah kenderaan anda akan mengubah laluan sehingga menyebabkan kemalangan.

So apa yang saya buat apabila mahu mulakan perjalanan jauh?

1) Saya pastikan  tidur yang cukup sebelum bertolak balik kampung.

2.) pastikan anda minum air yang cukup supaya badan tidak dehydrate. Apabila badan kekurangan cecair, badan akan cepat letih dan mengantuk.

3.) berhenti rehat setiap 3-4 jam untuk melakukan sedikit senaman supaya badan merembeskan hormon dopamin,serotonin,endorfin dan endrenalin. Dan juga merangsang central nervous system (sistem sarah) supaya pengaliran oksigen keseluruh badan lebih baik terutama otak supanya pemanduan selepas ini lebih baik dan enjoy.

4.) saya pastikan co-pilot tidak tidur. Penting sangat co-pilot ini untuk memastikan tahap pemanduan kita lebih cekap dan selamat.

Taknak bagi co-pilot tidur kita borak je topik panas-panas sikit. Nak kasi hot sikit kita tanya je pendapat wife tentang poligami sekarang ni . 😁. Tapi saya kalau dengan wife kami banyak borak time awal-awal berkenalan dulu 😍. Bila borak hot topik macam sekejap je dah sampai kampung 😆

4.) jika saya mula rasa mengantuk terus saya akan cari R&R atau tempat yang selamat untuk tidur beberapa minit(15-30 minit pun dah cukup). Bila terbangun tu fuh badan segar habis. Jika memandu waktu malam saya akan bawa set kopi.

Moga bermanfaat. 👌

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA