TIPS ELAKKAN POKAI SELEPAS RAYA

Biasa, raya mesti pokai. Betul ke betul?

Baju raya, biskut raya, langsir raya, sofa raya, pinggan mangkuk raya, cat rumah raya, minyak dengan tol nak balik kampung, duit raya, open house, shopping lepas raya sebelum balik kerja. Semuaaaalahhh

Memang boleh pokai lagi lagi gaji bulan tu di awalkan sebab nak raya..gaji next lambat! Poket kosong terus!

Ni tips untuk atasi masalah pokai. Jadi extraordinary biar sampai lepas raya masih berduit macam biasa😍

1. Buat simpanan khas untuk bajet raya
Nadim suka untuk terus simpan seawal setahun sebelum.

Contohnya kebiasaan bajet raya kita memerlukan RM 3000. CONTOH!

So, untuk tempoh 12 bulan kita perlu simpan sebanyak RM 250. Boleh simpan dalam pelbagai cara. Nak potong gaji terus automatik masuk dalam Tabung Haji boleh, automatik potong gaji masuk dalam Amanah Saham Bumiputera boleh, nak main kutu pon boleh.

Janji, buat simpanan awal dengan potongan wajib secara auto debit atau main kutu untuk tanggungjawab..supaya tak mengelat!

Simpanan menjamin masa depan😍

2. Simpanan wajib ASB financing

Ni mungkin ramai yang tak berapa berminat. Tapi sebenarnya, ia sangat membantu kami untuk bajet raya dan simpanan anak-anak.

Dengan komitmen RM 250 sebulan, saya ambil ASB financing RM 50,000. Lepas setahun dapat dividen 7% RM 3500. Ha, tak payah guna gaji bulan tersebut pon untuk belanja raya!

3. Berjimat ketika berbelanja persiapan raya

Jangan membazirrr. Membazir itu merugikan. Belanja ikut poket, jangan ikut trend.

Baju raya banyak pilihan yer. Baju raya RM 250 sepasang tu untuk orang gaji RM 5000 sebulan boleh la! Jangan kita gaji RM 1500 ni pon nak beli baju tu sama. Pulak tu bukan satu, nak beli 3! Kan dah habis separuh gaji😅

Tak perlu sofa dan langsir memakan ribuan ringgit. Cukup ada je.. Unless ada orang bagi hadiah!

4. Rancang perjalanan balik kampung anda

Kalau balik kampung berseorangan, gunalah public transport lebih bagus. Jimat belanja minyak kereta dan tol, plus kita pon tak letih.

Beli lah tiket awal, jangan lambat-lambat..kang habis, kene jugak balik drive sendiri..car pool jika memang perlu balik dengan kereta😊. Boleh la share duit minyak. Drive pon boleh gilir-gilir.

Untuk mereka yang pilih untuk naik kapal terbang, beli awal ketika promosi!

5. Buat bisnes untuk dapatkan duit raya

2 bulan nak raya adalah bulan menjana pendapatan. Pernah dengar kan? Sape yang pandai ambil peluang, mesti boleh buat duit. 

Anda boleh buat jualan biskut raya, ambil upahan jahit baju raya dan langsir ataupon menjual di bazar ramadhan. Atleast dapat 2-3 ribu, sape nak bagi kan? Kawan nadim, hanya jual air je di bazar ramadhan hanya di bulan puasa, tapi beliau dapat jana untung bersih sampai RM3000! Ok lah tu. Kerja hanya dari jam 4 petang sampai waktu berbuka jer😊

Bisnes pon boleh dibuat selepas raya untuk cover balik duit yang dah habis. Open house sebulan. Kuih raya, lemang dan ketupat masih lagi ramai yang cari! 

Lagi satu, ramai jugak yang mencari solution untuk merawat masalah kegemukan, masalah kulit break out, darah tinggi dan kencing manis bila dah habis raya. So masa ni, bisnes supplement kesihatan adalah sangat sangat ideal! 

Jangan pandai habiskan duit jer kata orang tua-tua! Hihi

Semoga tips ni membantu anda tebalkan kembali poket yang hampir pokai dan gunakan tips ni untuk tak pokai raya tahun depan! 

Ikhlas,
Nadimah Muhammad
011-10408215

P/s: jika anda berminat untuk membuat bisnes supplement kesihatan, jom bersama nadim buat bisnes shaklee dengan komited. Peluang income secara part-time atau full time unlimited. 


Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN