BUAT BISNES SHAKLEE UNTUNG KE?

FROM ZERO TO HERO, KINI BUSINESS SHAKLEE SEBAGAI PENDAPATAN UTAMA FARAH 

Nama Fb : Cahaya Farah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. kisah ke-14 mami paparkan buat korang semua di minggu closing ini. TQ Farah sudi berkongsi cerita utk slot inspirasi ini.

Menariknya kisah Farah bilamana dah daftar jadi ahli pun tetap beli dengan jiran sebelah sebab nak jimat kos pos.. 

Tapi, percayalah.. bila kita ada niat nak business, selalunya Allah tunjukkan jalan dan bukakan pintu hati lebih luas lagi utk makin jatuh cinta dengan Shaklee.. seperti Farah. 

Sama-sama kita doakan Farah, downlines kepada Zara Ismail berjaya complete Car Bonus Program beliau secepat mungkin!! 🔥🔥🔥 dan join trip Supermom ke Las Vegas next year ameen..! 

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Salam penuh kebahagian pada semua warga Supermom dan para pembaca. Terima kasih Mami dan Dedi beri saya peluang cerita kisah inspirasi dalam slot ini. 

Saya daftar ahli Januari 2013. Saya mula ambil suplemen Shaklee pada Jun 2012 dengan set menyusu iaitu Mealshakes dan ESP. Saya beli dengan seorang kenalan, sebab beliau tawarkan dengan harga ahli. Setelah habis stok saya nak beli lagi, saya cari kawan yang pernah tawarkan keahlian di samping boleh tambah pendapatan sampingan iaitu Coordinator Fatimah Azzahra Ismail, upline saya.

Lepas daftar ahli, saya beli stok dengan jiran saya sebab nak jimat duit penghantaran. Hampir 6 bulan saya buat macam tu, lepas tu saya ingat balik BIG WHY saya join Shaklee? Saya nak dapatkan tiket umrah secara percuma, jadi sejak hari tu saya belajar order sendiri secara online, pergi HQ atau branch. Saya juga turut pesan pada ahli-ahli di bawah Carehappytips supaya pandai beli secara online, pergi ke HQ atau branch. Tidak sesekali beli pada orang lain yang bukan susur galur kita.

Hampir 2 tahun lebih saya buat bisnes ni, saya tiada anak bisnes yang serius nak buat bisnes Shaklee. Saya tanya tips pada upline dan Master Adilah dan Master Fahmy. Macam mana cara nak naik Supervisor, anak bisnes pun takde. Mereka beri kata-kata semangat, asas dalam Shaklee jangan lupa 3S, sertai kelas-kelas ilmu serta Update dan Promote blog juga. Marketing online iaitu Facebook juga buat secara konsisten. Alhamdulillah Mac 2016 dapat capai Supervisor.

Saya usaha untuk konsisten efektif Supervisor selama 1 tahun dengan hasrat besar nak naik pentas ambil award masa National Conference. Alhamdulillah saya dapat 2 award masa Shaklee Conference 2017. 2017 saya cabar diri untuk naik Senior Supervisor sebab nak layakkan diri sertai Team Building Supermom. Alhamdulillah Februari 2017 dapat capai Senior Supervisor.

Ogos 2017, saya hadapi cabaran tak dapat nak manage stok dengan efektif. Semangat saya hampir luntur. Suatu malam dalam tempoh berpantang, saya ambil pen dan buku nota Supermom, saya tulis segala impian dan.catat segala stok yang ada. Dari situ, saya perlu ambil langkah yang lebih bijak. Saya perlu kembangkan dan kongsi cerita dengan lebih ramai orang. Saya tidak boleh duduk di bawah kepompong sendiri. 

Alhamdulillah 2018, saya sertai lagi Team Building Supermom. Tak sangka saya dapat sertai pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan minda. Saya dapat lakukan cabaran patahkan pensil. Bila buat lagi, sebenarnya bukan mudah nak patahkan pensil tu. Saya juga dapat siapkan Vision Board yang sangat saya impikan.

Sekarang saya redah je peluang nak promote bisnes Shaklee dengan ramai orang. Rupanya dalam diam ramai kawan yang ikuti perkembangan hashtag #ProjekDuitRM200byCVG. Sekarang saya cabar diri dengan Car Bonus dan main kutu dengan impian saya dapat capai bonus Shaklee lebih dari 3K ke atas secara konsisten setiap bulan. 

Saya sangat berbesar hati dan terbuka mengajak kawan-kawan pembaca sertai Bisnes Shaklee samada sebagai sumber pendapatan UTAMA mahupun sebagai pendapatan sampingan. InsyaAllah dengan anda buat bisnes Shaklee ini secara konsisten makin terbuka luas pintu rahmat dan rezeki kekayaan anda dunia akhirat. Tiada yang mudah tanpa anda lalui kesukaran, tapi setiap kesukaran pasti ada jalan pemudahcara yang sangat BAHAGIA.

•••••••••

Simple tapi padat content kisahnya. Tahniah Farah!

Anda sedang berusaha mencari bisnes untuk dapatkan pendapatan kedua atau sebagai pendapatan utama suri rumah?

Apa kata jom mulakan sekarang! 

Hubungi nadim untuk jadi aktif berkongsi kebaikan shaklee dan bisnes shaklee

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA