RAWATAN RESDUNG PALING BERKESAN

Resdung yang teruk buatkan kita tak selesa, malu dan rasa sangat down. Berhingus dan bersin setiap masa. Jom lihat apakah rawatan resdung paling berkesan.


KENALI MASALAH RESDUNG SEBELUM UBATINYA

Sebelum tu, punca resdung perlu kita tahu terlebih dahulu supaya kita dapat atasi dengan lebih mudah.

Masalah resdung ni sebenarnya adalah masalah global. Resdung adalah antara sejenis radang yang berlaku di bawah lapisan membran dinding sinus.

Menurut sebuah kajian, antara 10 orang yang dipilih, 8 daripada mereka mempunyai resdung ringan dan tidak memerlukan rawatan.

Namun, usah ambil ringan resdung ni!

Saya sendiri adalah seorang yang mempunyai resdung yang kronik.

Alahan saya terhadap beberapa perkara termasuklah:

1. Seafood yang tidak segar.
Bagi sesetengah orang, seafood segar atau tidak juga satu masalah. Asalkan seafood je, resdung mula datang dan teruk. Muka akan jadi gatal, hidung berhingus dan merah2 muncul di seluruh badan.

2. Persekitaran yang kotor dan habuk
Ni saya sangat tidak boleh bertoleransi. Jika masuk ke tempat yang berhabuk hatta sedikit pon, hidung saya akan jadi seperti penggera mengesan habuk. Bersin terus! Dan ianya berlanjutan menjadi selsema yang panjang.

3. Budu, belacan dan cencaluk
Ha, nilah makanan yang sangat best dimakan dicicah ulam. Tapi bagi orang yang ada resdung, ni lah trigger resdung kami. Best dimakan, tapi tak best untuk hidung😅 makan juga. Tapi tanggung kemudian.

4. Bahan pencuci pakaian dan rumah
Ramai yang tidak sedar, apabila menggunakan pencuci ni, resdung mereka triggered. Tahu-tahu dah bersin dan selsema. Immune sistem yang lemah boleh terganggu dengan kehadiran bahan pencuci lebih-lebih lagi bagi yang berbentuk serbuk.


5. Bulu haiwan
Bulu haiwan yang halus seperti kucing selalunya adalah punca juga kepada masalah resdung. Jika memelihara kucing, pastikan rumah tiada karpet yang memerangkap bulu-bulu kucing ni. Saya sangat benci untuk bersihkan karpet sebabnya karpetlah tempat paling best kucing melepak!

6. Perubahan suhu dan sering terdedah kepada suhu sejuk
Persekitaran yang sejuk dan perbezaan suhu juga membuatkan pesakit resdung akan mula hadapi masalah selsema. Sakit tekak dan berhingus mula dirasai.

SIMPTOM PENYAKIT RESDUNG

Ada orang tidak perasan dia mempunyai pesakit resdung dan sangkakan hanya selsema biasa sahaja.

Antara simptom awal resdung adalah:
1. Kerap selsema bila terdedah kepada perkara yang triggered resdung di atas

2. Selsema yang berpanjangan dan berlarutan lebih seminggu tanpa berkurang langsung

3. Selsema berlarutan hingga menyebabkan batuk berkahak dan sakit tekak

4. Muka dinaiki jerawat, dan ruam seluruh badan..ada yang hingga bengkak

5. Hidung kerap tersumbat dan sukar bernafas

6. Rasa tekak, hidung dan telinga gatal dan radang

JIKA TIDAK DIRAWAT, APA AKAN BERLAKU?

Jika resdung ni teruk dan berlanjutan, ada beberapa risiko yang akan berlaku. Antaranya:

1. Kanak-kanak akan lebih terdedah kepada radang dan kegatalan mata. Membengkak, merah, berlendir dan BUTA!

2. Dewasa pula jika resdung kronik hingga mengakibatkan nanah. Ia boleh bertakung di kawasan sinus frontal dan dijangkiti kuman. Keadaan ini membahayakan jika kuman mula mereka ke otak menyebabkan meningitis. Jika dibiarkan ia akan membawa maut.

Masalah ini berlaku pada arwah kawan saya. Hanya kerana resdung yang tidak dirawat sahaja. Koma dan meninggal ketika koma.

PETUA ATASI MASALAH RESDUNG
1. Kurangkan makan makanan seafood
2. Kerap membersihkan rumah dan permaidani
3. Jauhi tempat yang banyak habuk dan persekitaran yang kotor
4. Memakai penutup hidung dan mulut ketika melakukan pembersihan rumah
5. Elakkan daripada memelihara haiwan berbulu
6. Minum air yang cukup setiap hari
7. Kerap bersihkan muka dengan air atau kain basah

BOLEH KE VITAMIN RAWAT RESDUNG KRONIK? 

Boleh. Resdung yang kronik boleh diatasi dengan mengambil suplement bertujuan menguatkan imunisasi badan dan mengurangkan keradangan akibat resdung.



Saya bermula dengan set resdung Shaklee pada penghujung tahun 2013. Set ni include vitamin C, bcomplex dan alfalfa. Ajaibnya, selsema saya yang selalunya berderetan berminggu-minggu terus hilang dan jarang sangat kene selsema dah lepas tu.

Alfalfa complex bertindak mengawal anti radang dan sinus. Sifatnya yang tinggi klorofil sangat membantu mengurangkan radang dan alahan.

Bcomplex pula mempunyai vitamin B6 yang penting untuk antibodi dalam badan serta mengawal stress akibat selsema.

Vitamin C shaklee antara yang famous antara vitamin lain selepas Vivix. Sifatnya yang mengandungi antioksidan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengecutkan jerawat akibat resdung.

Testimoni lain untuk set resdung Shaklee
Ummi ussi ni mengalami masalah resdung hingga menyebabkan mukanya ditumbuhi jerawat yang sangat banyak. Alhamdulillah, berkat mengambil suplement resdung dan set kulit, muka beliau kini sudah tiada lagi jerawat dan kesihatan sangat memuaskan. 

 Puan Ayu adalah salah seorang penggemar Vivix. Beliau lebih menggemari vivix untuk atasi masalah resdung kroniknya disamping permasalahan kesihatan yang lain. Wow, resdung dah tidak kunjung tiba dan muka semakin berseri!
Puan Hafizah Zamri merupakan seorang suri rumah yang mendapat resdung sejak kecil lagi. Alhamdulillah, resdung yang bertahun-tahun lamanya kini tidak menghantui beliau lagi.

Jom saksikan video kisah lanjut puan Hafizah Zamri dengan set resdung Shaklee

ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SET RESDUNG SHAKLEE? 

Sila hubungi saya Nadimah Muhammad untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya.

Fb: Nadimah Muhammad
Instagram: Nadimah_Muhammad
Whatsapp: 0149408215

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN