BELI KERETA DAN RUMAH TAHUN SAMA PADAHAL GAJI RM 2800 JER?

Hai assalamualaikum semua. Harini nadim nak berkongsi cerita sendiri macam mana nadim boleh beli kereta dan rumah pada tahun sama padahal gaji RM 2800 jer. 

Ramai kan orang fikir, rumah mahal. Aku tak mampu lagi nak beli rumah. Beli lah kereta dulu, rumah tu nanti lah. Sewa lagi murah. Deposit takde, macam mana nak beli rumah. Betul kan? 

Nadim mula kerja pada 2012 bulan julai dengan tangga gaji RM 2200. Lepas dah confirm naik gaji RM 2500 kemudian naik lagi pada rm 2800. Gaji last sebelum resign pada 2016 rm 3800.

Gaji yang nadim terima banyak yang nadim simpan. Mostly RM 1000 setiap bulan daripada awal kerja hingga lah sebelum resign. Kadang lebih, mostly lebih. Kedekut kan?

Ha, biasa lah. Daripada zaman student lagi memang kedekut. Duit JPA setiap sem pon selalunya guna separuh, separuh lagi simpan.

Tulah rahsia menyimpan duit untuk beli rumah, beli aset, beli kereta. Sebabnya, memang daripada awal lagi kedekut. Yelah, sebab nadim ni bukan dari keluarga senang. Kene lah pandai menyimpan. Baru la boleh beli harta untuk sendiri dan keluarga.

Okey berbalik pada cerita tajuk kita, nadim beli rumah dan kereta pada tahun yang sama masa gaji RM 2800. Pada tahun 2014. Lepas 2 tahun je kerja. Beli kereta dulu baru submit loan untuk beli rumah. Tindakan agak kurang bijak.

Harga kereta Myvi Putih nadim RM 57,000. AUTO, full specification. Bayar muka RM 7000. Loan 5 tahun je, so setiap bulan kene keluarkan hampir RM 1000 la untuk ansuran kereta.

RM 2800-RM 1000: RM 1800. Kalau ikutkan, payah dah bank nak bagi buat loan rumah. Apatah lagi rumah yang nadim beli tu harganya RM 250,000 selepas mark up loan. Tapi mungkin sebab nadim dah pon ada 6 bulan statement bonus daripada bisnes yang nadim buat, alhamdulillah loan lulus!

Proses mencari deposit rumah pulak. Fuhhhhh, beli rumah subsale korang tahu tak perlukan 10% deposit dan 5% untuk bayaran guaman, snp, valuer fees dan sebagainya? 15% total.

Harga rumah asalnya RM 225,000. So deposit RM 33,750. Boleh nego dengan lawyer kurangkan fees dia. Okey la kurang sikit..jadi RM 33,500. BUT STILL, BANYAK NYA😌

Dahla bayar kereta punya deposit dah 7000. Rm 40,500 Semuanya bab deposit. Fuh fuhhhhhh. Duit simpanan JPA + simpanan gaji 24 bulan + hasil bisnes 6 bulan. Habis terus duit simpanan lepas tu. Huaaaaaaaa. Sedih jugak la sekejap. Lepas beberapa bulan baru lah dapat sedikit lagi duit sebab rumah nadim mark up loan kan. Bijak bijakkk.

Dan kini, rumah yang dibeli tu dah 3 tahun disewakan pada orang. Sewa bilik je. Alhamdulillah. Ada orang bayarkan rumah tu. Nanti rumah tulah bakal menjadi dana pendidikan anak pertama Nadim. InsyaAllah.

Sedikit tips untuk semua kalau nak beli rumah:

1. Buat simpanan dan kira-kira awal lagi. Simpan paling kurang 15% untuk deposit dan 10% untuk dana lain. Standby. Memang kene berjimat cermat. Jadi orang kedekut. Takde entertaiment takpe. Sekejap je!

2. Kalau masih bujang, sewa je bilik paling kecik dan paling murah. Bilik ikan sardin pon takpe. Janji murah. Boleh save duit sewa tu untuk beli rumah kemudian hari.
Kami masih menyewa rumah kecik je di ceruk kampung😅

3. Kalau lagi bijak, cari sebuah rumah sewa terus sebuah tu. Tapi, bilik-bilik yang ada disewakan pada orang lain. Ambil hanya bilik paling kecik dan share dengan orang yang sejenis korang gak. Nak sewa murah. Untung-untung ada excess daripada duit sewa dan kita duduk free jer! (ni cara sublet, salah satu cara motivate kita untuk jadi owner rumah)

4. Simpanan anda tu bukan simpan dalam bank sotong atau rimau taw. Simpan dalam tempat yang boleh bagi bonus 5-8%. Contohnya simpan di ASB dan tabung haji. Beranak la jugak duit setiap tahun

5. Kalau siapa belajar bab ASB financing, nadim betul betul syorkan WAJIB CUBA KAEDAH NI untuk simpanan yang growing growing sampai 200% taw setahun!

6. Kalau gaji anda sikit bawah RM 2000, consider la untuk tambah pendapatan atau tukar kerja lain atau tambahkan kepakaran korang supaya gaji boleh naik. Jangan redhaaaaaa je dengan gaji yang sikit tu. Banyak je kelas dan bisnes yang boleh dibuat untuk menampung keadaan ekonomi dan membina aset

7. Dah kawin? Tak perlu pasang TV kat rumah. Kompom tak perlu langgan astro. Jimat letrik, jimat bil astro basic pon RM 50 kan. Bayangkan 36bulan tanpa astro, anda jimat RM 1800 yer!

8. Bila dah kawen, buat spreadsheet untuk suami dan isteri. Asing-asing. Belanja, keperluan, komitmen wajib, tulis siap-siap dan tetapkan serta hadkan..hadkan ni supaya ada jumlah yang boleh korang simpan. cuba belajar ikut had yang ditetapkan. Mula tu susah la. Tapi percayalah, bila nampak kita sebenarnya boleh buat saving, korang mesti akan impress punya!

9. Jangan tipu husband and wife. Semua mesti telus. Lepas tu, jangan lupa korang mesti tahu password, no akaun bank, berapa banyak bank, kat mana saving, kat mana hutang each other. Andd, husband jangan lupa nafkah isteri taw. Walaupon dia juga bekerja. Berkat berkat.

Okey tu je lah dulu perkongsian nadim. Semoga berjaya memiliki aset sendiri.

Nadim boleh beli rumah dengan gaji rm 2800, Korang pon mesti bolehhh.

Tak semestinya beli rumah 200,000. Rumah bawah 100,000 pon boleh. Dan sebenarnya lagi bagus untuk dapat income sewa. Contohnya kat klang. Banyak je lagi.. Kene usaha cari je. Tapi jangan la aspect nak beli rumah atas tanah dengan harga RM 100,000 unless dekat Rawang la kot. Hihi

Property? Muda-muda ni lah masanya untuk mengumpul aset.



With love,
Nadim

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN