8 PRODUK KOSMETIK BERBAHAYA DIKESAN KKM

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan lapan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut ialah:

1. Moleek Day Cream
2. Adel Miracle Flawless Serum
3. Ah Beauty Night Cream
4. Ndz UV Whitening (hydroquinone)
5. Snow Cream Normal
6. Snow Cream Sensitif
7. Dnars Nar Cream 
8. Ellfie Night Cream

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, ruam, timbul biji-biji seperti mengandungi air, ketidakselesaan, perubahan warna kulit ke arah kehitaman selepas beberapa kali penggunaan atau kulit menjadi semakin sensitif. 

Hydroquinone dan tretinoin adalah komponen yang perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah dan tidak boleh digunakan sesuak hati ke dalam produk kosmetik atau farmaseutikal. 

Hydroquinone selalunya akan ditemui dalam produk-produk untuk mengecutkan jerawat, mengatasi jerawat, atau untuk mengatasi kedutan. Selalunya ada pada pencuci muka, toner serta krim pemutih. Penggunaan hydroquinone terlalu kerap akan menyebabkan kulit semakin nipis, dan boleh mengurangkan perlindungan kulit pada sinar UV. Risiko besar kulit tanpa perlindungan radiasi adalah kanser kulit! 

Ianya bermula hanya dengan kemerahan atau keradangan. Pencegahan awal, jangan gunakan produk2 ini. 

Merkuri adalah bahan terlarang sejak 1984 lagi untuk dimasukkan ke dalam bahan farmaseutikal dan kosmetik. Tapi larangan hanya sekadar larangan. Masih ramai pengusaha kosmetik teruja melayan ketaksuban wanita untuk tampil PUTIH! 

Keracunan merkuri boleh berlaku dan membahayakan janin yang dikandung apabila merkuri meresap daripada muka terus ke salur darah dan tali pusat. 

Lebih teruk lagi, kedua-dua buah pinggang bakal menghadapi risiko kegagalan buah pinggang buat selama-lamanya jika terlalu kerap menggunakan kosmetik yang mengandungi merkuri. 

Merkuri adalah unsur kimia Hg+ yang sangat reactive dengan haba dan suhu. Digunakan dalam termometer merkuri untuk menyukat suhu, merkuri ni akan bergerak seiring dengan peningkatan suhu walaupon sekadar 1-2degree celcius sahaja. 

Bayangkan jika ia ada dalam bahan kosmetik yang kita pakai dan kita keluar rumah..suhu di luar rumah melebihi 38degC. Merkuri ni sedang merebak masuk ke dalam kulit, terhidu dan tersebar. Anak kecil yang berdekatan dengan kita jugak terima akibatnya apatah lagi kita sendiri atau anak dalam kandungan.
Ihsan google


Better stop dan jangan teruskan. Cari produk lain yang lebih selamat. 


Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Artikel asal: Berita Sinar harian

Ramai orang nak cantik. Itu lumrah la. Semua wanita mesti nak cantik kan. Sama juga macam saya.

Option saya lebih pada produk natural tanpa bahan kimia berbahaya atau pon bahan kimia yang akan berikan side effect pada jangka masa yang lama. Ni pencuci muka dan mekap remover saya. Membersihkan secara total mekap, kulit mati dan whitehead.


Untuk kecantikan luaran dan dalaman, pastikan nutrisi dalam badan cukup. Nutrisi penting untuk kulit adalah protein, vitamin C, vitamin E, Omega-3 dan kolagen. Nutrisi cukup bukan sahaja memberikan badan anda lebih sihat, kulit jugak akan lebih berseri-seri secara semulajadi walaupon dengan penggunaan bahan kosmetik secara minimal.

Anda perlukan bantuan untuk kulit yang lebih sihat?

Hubungi Nadim ditalian 014-9408215. Kita sembang dulu untuk konsultasi.


Comments

  1. SOULSKIN COSMETICS INDONESIA " DISTRIBUTOR ( @NATA_SOULSKININDO - INSTAGRAM )

    Sole Distributor of Soul Skin Cosmetic in Indonesia.
    Ready stock all item

    Contact :
    Line id: @nataa (use @)
    BBM : 5396B8E9

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN