URUS MASA BISNES PART TIME: PENGALAMAN BERBISNES SAMBIL BEKERJA DAN BERBISNES ANAK DEPAN MATA MENJANA INCOME 2000⬆ SEBULAN



Assalamualaikum semua.

Harini nadim nak share sikit la cerita nadim berbisnes masa masih kerja dulu dan bila dah lepas resign ni dengan baby yang masih kecik lagi.

Nadim bermula dengan bisnes Shaklee sebagai bisnes pertama seumur hidup pada akhir tahun 2013. Masuk kerja bulan 7 2012. So kira masih awal lagi la kan kerja dah buat part time bisnes.



Nadim berbisnes sambil bekerja sampai la hujung tahun lepas December 2016. 4 tahun berbisnes semasa bekerja.

So, apa nadim buat setiap hari untuk pastikan sales sentiasa berjalan??

Padahal diri sendiri kene kerja 8pagi hingga hampir 6 petang. Kerja kat lab dengan bos chinese yang sangat komited dengan kerja yer kawan2. Cuba bayangkan, NO PHONE in the lab. Waktu rehat je saya ada masa untuk pegang fon.

Ni memang realiti kebanyakan orang bekerja makan gaji. Tak buat kerja, kita curi masa office jadi tak berkat hidup pulak.

So apa nadim buat setiap hari, bangun mesti nadim pastikan seawal 5.30 pagi. Rutin nadim dah bermula. Masa ni masih single lagi.
-solat tahajud
-tulis target sales berapa harini & baca kuat2
-tulis fokus set apa
- baca blog sikit as blogwalking and tambah ilmu
- solat subuh
- baca Quran
- breakfast
- prepare list untuk follow up
- kalau sempat, message dulu cust untuk follow up and reply message semalam yang belum settle

Kul 7.45 pagi ke tempat kerja macam biasa. Kerjaaaaaaaa. Lunch hr nadim jarang keluar. Keluar hanya untuk pos barang sahaja dalam masa sejam. Kalau orang ramai, memang tak makan la jawabnya atau just makan roti.
Ha, cuba bayangkan merempit dengan barang sebanyak ni. Depan belakang, kiri kanan yer!!

Memang quite mencabar dulu sebab masa tu belum lagi ada online sistem shaklee2u.com.my. Masa ni jugak la akan consult customer yang PM, and follow up cust just bertanya khabar and kesan dia. Rushhh. Tak dan nak panjang2.

Kul 5 ke atas, kalau kerja saya dah siap saya akan stay sekejap untuk reply mesage customer lagi. Buat apa nak balik rumah kan xde laki lagi. Hihi. Incase order ada banyak haritu, memang sharp kul5.15 petang saya akan keluar.

Nak taw ke mana hala tuju saya?

Yup. Ke Shaklee yang masa tu bertemPat di EMPIRE SUBANG GALLERY, subang jaya. Bermotosikal yang memakan masa 30-40 minit tengok trafik dan cuaca. Kalau hujan, lambat la sampai. Pakai baju hujan, so memang akan redah jugak tak kira!! Balik rumah lepas maghrib nak solat kat sana dulu.
 
Ni lah set awal2 yang saya makan dulu. Beli sikit2.

Ni masa jam 6.30petang! Orang masih ramai. So memang kompom maghrib kat surau Empire dulu. 

Lepas Magrhib!! Malam!

Rasanya perempuan lain TAKKAN PERNAH SANGGUP BUAT macam Nadim bermotor!!

Alhamdulillah, berkat berani dan gigihnya masa tu, boleh la bayar deposit kereta myvi RM 6K, deposit rumah plus extra2 RM 32K.

Gitulah rutin setiap hari. Weekend COD and pos barang lagi. No fun life, sebab nak extra money. Nak hidup nanti senang. Nak duit simpanan. Nak ada banyak rumah untuk disewakan.

Semakin lama organisasi Nadim makin ramai terima ahli baru untuk train bersama berjaya bersama. Dia bukan bekerja untuk saya, tapi untuk dia. Cuma saya sebagai orang untuk guide je. Dah bertambah kerja.

Malam balik rumah no rest. Tapi masa untuk sharing pada anak buah. Kelas kelas sharing sharing biar diowang dapat apa yang aku dapat. Setakat bonus 4 angka untuk side income tu mudah dah sekarang. Website ada. Masuk website key in order dan shaklee poskan.

Alhamdulillah, sekarang dah kat rumah. Tapi cabaran jugak. Anak kecik banyak kerja yang akan delay. Kalau tak pandai urus masa, memang bisnes akan kelaut.

Rutin bangun mesti awal lagi. Kene bangun sebelum dia bangun. Buat kerja sebelum dia bekerja. Hahaa. Solat, masak, kemas rumah, makan bersama sekeluarga sebelum husband g kerja. Sambil2 ni anak buah yang kerja akan message tanya. Jadi tangan sotong pagi2.

Mesti bolehhh. Sape kata suri rumah busy tak sempat buat bisnes?

Orang cakap, ala kau anak sorang boleh la. Anak kau baik je, boleh la buat.

No its you! Kita je yang create banyak alasan.

Kalau kita betul-betul nak, semua tu senang je nak dapat. Senang je nak buat.  Penat dan letih memang kita tolak tepi bila kita ada matlamat yang kukuh. KUKUH! Kalau tak dapat, KAU MENANGIS. Tu maksud dia.
Mereka lah big why saya, disamping along dan abah kat kampung. 

So, ni lah perjalanan saya. Setiap orang ada cerita masing2 macam mana nak berjaya. Macam mana nak manage bisnes.

Jangan takut untuk berjaya. Kejayaan tu milik sape2 je.

Jangan lupa, disamping kita kerja dan bisnes, niatkan kerana Allah.

Dream big. Plan your day, follow your target!

Kalau masih lagi takde bisnes, tapi nak side income dan berminat nak jadikan Shaklee sebagai medium bisnes disamping jihad motivasi kesihatan, jom bersama Nadim.
I will guide you to the success road. YANG PENTING, MODAL DIRI, KOMITED DAN TAKDE ALASAN.

Ikhlas,
Nadimah Muhammad
HRC
014-9408215

#tsunamishaklee
#G14

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN