HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

HB rendah semasa mengandung mesti akan dapat stiker selain warna putih. Nurse akan bising, dan kene datang check up setiap 2 minggu sekali. 

Sudah makan pil zat besi yang nurse bagi, Ferrci Chloride, Iberet, dan Zincofer lah kalau kronik sangat. Tapi masih HB di paras 9-10.5 jer. Semakin rendah pon ada. Bahaya memang kita tahu. 

Tapi apa lagi yang perlu di buat untuk menaikkan HB pada paras 11 ke atas dan tahap normal?

HB atau namanya hemoglobin merupakan bahan angkut dalam sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Bayi di dalam perut bernafas bukan menggunakan mulut. 

Bayi mendapat bekalan oksigen untuk hidup, membesar dengan baik dalam perut ibu menggunakan hemoglobin. Kekurangan hemoglobin boleh menyebabkan bayi kurang mendapat oksigen, tidak membesar secara normal, lemas dan menghadapi risiko kematian. 

Anemia, jika ibu pernah dikesan mempunyai anemia sejak sebelum hamil lagi, adalah lebih baik untuk mengambil pil zat besi daripada awal sebelum kehamilan. Bila HB dah cukup sebelum hamil, insyaAllah kehamilan akan lebih mudah. 

Tapi sekiranya HB rendah sejak sebelum hamil, bila dah hamil akan lebih susah untuk ibu naikkan HB selepas tu. Jadi, pesanan saya ambil pil zat besi awal sebelum mengandung adalah lebih baik. 

Apa nak buat, sekiranya dah ambil pil zat besi tapi HB masih rendah?

Ada beberapa perkara yang puan-puan perlu perhatikan bila HB tetap rendah walaupon dah makan pil zat besi dos tinggi dan tetap HB tak naik-naik. 

Ini kerana, penyerapan zat besi tidak optimum. 

Cuba check, warna najis. Jika sekiranya berwarna hitam, maksudnya ada lebihan zat besi atau zat besi yang anda makan sebenarnya tidak diserap dengan baik. 

4 punca penyerapan zat besi tidak optimum:

1. Minum kopi, teh dan berkarbonat

Caffein menghalang penyerapan zat besi. Selain kopi, teh juga mengandungi caffein yang tinggi menggangu penyerapan iron ke dalam darah. 

Selain tu, minuman berkoko juga mengandungi caffein yang boleh mengganggu serapan iron. Tapi tidak semua jenis minuman bercoklat mengandungi caffein yang tinggi. 

2. Makan iron tidak mengikut waktu yang ditetapkan

Ada sesetengah nurse akan mengingatkan setiap ibu mengandung supaya makan vitamin yang diberikan ikut schedule yang betul. Sebaiknya 2 jam sebelum makan atau selepas makan. 

Sebaiknya sebelum makan, dan ketika perut kosong. 

Tapi, ramai ibu akan rasa sangat loya dan muntah jika ambil pil zat besi ketika perut kosong. Daripada tak makan langsung, better jugak ambil zat besi selepas makan kan? 

Nanti saya dedahkan rahsia vitamin yang ada zat besi, tapi memang kene ambik selepas makan. Dan sememangnya bau sangat minimum, dan tak meloyakan!

3. Tak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C

Vitamin C sangat penting bukan sahaja untuk kuatkan ibu mengandung, tapi ianya penting jugak untuk penyerapan iron yang optimum.

Makanlah buah jambu batu berbiji-biji sehari kalau anda tak nak makan supplement Vitamin C😅

4. Minum susu atau makan produk tenusu bersama iron

Produk tenusu mengganggu serapan iron dalam badan. Kadar penyerapan iron boleh berkurang hingga 50% dengan produk tenusu seperti yogurt!

Produk Shaklee sangat terbaik untuk menaikkan HB ibu mengandung dan pesakit anemia


1. Vitalea multivitamin

Ni adalah produk khusus yang mengandungi banyak jenis vitamin dan garam galian. Dan dalam ni ada Zat besi untuk naikkan HB ibu mengandung.

Dalam vitalea, ada 9mg iron untuk setiap satu tablet. Tablet dia warna hijau, sebab disalut dengan spirulina. Which is 1 teknologi yang saya kata tadi, untuk elakkan ibu rasa loya dan nak muntah.

Kandungan iron dalam vitalea ni sebenarnya rendah je kalau dibandingkan dengan zincofer. Zincofer bekalkan 350mg iron setiap 1 tablet. Dan ibu kene makan 2 biji taw bagi yang ada anemia. Fuhhh, 700mg.  Tapi, power vitalea ni walaupon rendah je iron, ianya still naikkan HB pada 11 ke atas👍👍

Dalam Vitalea jugak ada asid folic, 200mg. Asid folic sangat penting untuk pembentukan tulang dan saraf bayi especially di awal kandungan. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan terjadinya spinal bifida, atau kepala bayi tidak sempurna. Tanpa tempurung kepala.

2. Vitamin C

Vitamin C Shaklee adalah vitamin yang bersifat sustained released. Ianya dilepaskan secara berperingkat-peringkat dalam beberapa jam selepas pengambilan.

Vitamin C shaklee jugak bekalkan 500mg vitamin C untuk sebiji. Rasa masam dia tu bantu ibu elakkan masalah loya dan nak muntah!

Penting vitamin C shaklee ni untuk ibu yang memang ada masalah immune rendah. Selalu selsema dan demam. Sila lah ambik vitamin C shaklee ni tanpa ragu. Bila mengandung, immune akan jadi lagi rendah. InsyaAllah, vitamin C shaklee ni sangat membantu.

3. Bcomplex

Bcomplex shaklee jugak bekalkan asid folik pada ibu mengandung. Selain untuk elakkan masalah kecacatan bayi, asid folik dan vitamin B yang lain penting untuk pembentukan sel darah merah yang cukup.

Dalam sel darah merah, ada hemoglobin!

Pengambilan Bcomplex membantu elakkan ibu stress. Pengembangan urat, hormon berubah sememangnya buatkan ibu mengandung ni cepat stress. Stress yang tak dikawal boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kesihatan lain pulak.

Ni lah vitamin saya setiap kali lepas makan untuk maintain HB normal. Hijau tu vitalea, kuning bcomplex, yg lagi 2 light brown tu vitamin C. Yeahhhh, my HB 10.7 ke atas! Pernah sampai 12.7. Hihi




Perlukan vitamin Shaklee untuk naikkan HB anda?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar . Saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning

Nadimah Muhammad
011-10408215
Cod: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning



Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN