PUNCA DAN RAWATAN PENYAKIT GOUT

Kenali penyakit gout

Gout menyebabkan serangan inflamasi yang sangat menyakitkan pada satu atau beberapa sendi badan. Lazimnya, bahagian sendi yang kene serangan ni akan nampak merah dan bengkak, sebarang gerakan akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat. 

Penyakit gout ini muncul disebabkan bahan kimia dalam darah yang dipanggil sebagai asid urik. 

Asid urik ini sebenarnya tidak berbahaya dan dihasilkan di dalam tubuh badan kita, dan dibuang melalui air kencing atau melalui najis. Pada mereka yang ada masalah gout, jumlah asid urik dalam badan mula meningkat dan terus meningkat dari masa ke masa, seterunya membentuk kristal asid urik. 

Kristal asid urik ni lah yang akan mendap pada tisu sendi-sendi badan, seterusnya menghasilkan inflamasi: bengkak dan sakit. Gout menyerang! 

Nota: tak semua orang yang ada masalah asid urik tinggi diserang gout, ada juga pesakit gout mempunyai paras asid urik yang rendah. Tapi secara general, semakin tinggi paras asid urik, semakin tinggi peluang untuk mendapat serangan gout. 

Punca paras asid urik meningkat

Pada kebiasaannya, jumlah asid urik yang dihasilkan dan dibuang adalah seimbang. Asid urik boleh meningkat apabila buah pinggang tidak bekerja dengan baik untuk membuang asid urik ni. 

Faktor lain yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan adalah: 
  1. Kerap mengambil minuman bergas dan yang mengandungi fruktosa yang sangat tinggi
  2. Diet pemakanan harian tidak mengandungi vitamin C yang cukup untuk badan
  3. Diet harian tidak seimbang, dan kerap makan makanan laut, kerang-kerangan, organ dalaman dan sardin
  4. Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh meningkatkan paras asid urik
  5. Paras asid urik boleh meningkat pada seseorang apabila mereka sedang sakit seperti kene psoriasis dan penyakit darah. 
  6. Mereka yang ada beberapa jenis penyakit di bawah lebih terdedah untuk mendapat risiko penyakit gout:
  • Obesiti
  • Penyakit darah tinggi
  • Kencing manis 
  • Masalah buah pinggang rosak
  • Masalah vaskular 
  • G6PD

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA KELUARKAN SUSU BADAN YANG SEDIKIT SELEPAS BERSALIN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN