TIPS KURANGKAN SAKIT CUCUK HEPARIN

Ramai orang mengaku, sakit sangat lepas kene cucuk heparin. Ada yang sampai lebam-lebam tangan dan peha kene cucuk. Semata-mata nak elakkan darah beku lepas bersalin. 

Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan heparin ni dulu bagi mereka yang belum tahu. Tahu-tahu kene cucuk jer! 

Apa itu Heparin? 

Heparin adalah sejenis anticoagulant iaitu ubat yang bertujuan menghalang pembekuan darah pada setiap salur darah termasuklah vena, arteri dan juga di paru-paru. 

Mengikut modul garis panduan meneruskan profilaksis heparin yang ditulis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2013, kadar kematian ibu bersalin disebabkan embolism pada tahun 1991 adalah sebanyak 44 kes. Embolism mungkin terjadi kerana masalah Deep Vein Thrombosis. 

Siapa yang berisiko untuk ambil Heparin? 

1. Ibu yang bersalin secara ceaserian
2. Ibu yang ada masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung
3. Ibu yang berat badannya berlebihan

Cara untuk mengurangkan sakit cucuk heparin

Psstt...nak tau tak cara nk kurangkan sakit inject heparin ni???

Meh nadim nak share cara yang nadim dapat daripada group ibu bersalin. Beliau ni berguru dengan doktor selama 2 hari, sebabnya beliau kena cucuk insulin masa pregnant sehari 3 dose tau

Sebenarnya, jarum yang digunakan untuk mencucuk heparin ni ada shape tersendiri. Angle yang tirus perlu digunakan untuk mencucuk, bukan angle yang 180°. Perhatikan jarum taw.


Bahagian tirus dicondongkan 45° ke tempat sasaran. Normally kalau cucuk sendiri, nurse advised cucuk pada bahagian peha. Kalau cucuk di klinik, samaada di bahagian bahu atau di bahagian punggung.

Jangan buat gini. Ni shape terbalik. Tusukan dia lebih sakit sebab perlukan pressure yang lebih kuat untuk masuk ke dalam kulit. Buat macam ni, sakit dan lebam la tempat yang dicucuk.

Dan, pastikan jentik dulu jarum sebelum anda mulakan mencucuk heparin tu untuk membuang lebihan udara yang terperangkap dalam jarum atau picagari.

Selamat mencucuk heparin dengan cara yang lebih efisyen dan kurang sakit!

Ada tak supplement untuk mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis selepas bersalin?

InsyaAllah ada. Tapi perlu diingat, supplement adalah makanan pelengkap untuk membantu ibu lebih sihat dan mengawal keadaan kesihatan supaya gula dan tekanan darah tidak naik.

Selebihnya, ibu sendiri perlu mengawal pemakanan harian dan elakkan stress terutamanya semasa berpantang.

Makanlah makanan yang sihat, secara suku-suku separuh dan elakkan pengambilan makanan yang bergula. Makan makanan yang bergula bukan je boleh menyempitkan salur darah, bahkan ialah punca kepada kegemukan selepas bersalin.

Apa supplement yang penting tu? 

Nadim cadangkan untuk mulakan supplement ibu-ibu dengan mengambil minyak ikan dan juga multivitamin.

Minyak ikan yang mengandungi EPA dan DHA yang tinggi boleh membantu mengurangkan jumlah lemak yang termendap dalam darah dengan mencairkan kemudian di keluarkan melalui najis.

Pengambilan minyak ikan yang bagus juga dapat mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam badan dan meningkatkan kolestrol baik (HDL). Kolestrol jahat rendah, kuranglah risiko saluran darah jadi sempit yang menjadi punca kepada tekanan darah meningkat😊

Penggunaan multivitamin sangat membantu ibu yang ada masalah darah tinggi dan kencing manis. Unsur-unsur vitamin dan mineral dalam multivitamin ni membantu tingkatkan keberkesanan insulin untuk tukarkan gula yang ada dalam makanan kita cepat-cepat jadi tenaga.

Kalau gula tak ditukar sepenuhnya pada tenaga, nanti dia mendap dalam darah. Bacaan gula meningkat, darah lebih pekat dan susah untuk mengalir.

Kehadiran vitamin B dalam multivitamin juga membantu ibu berpantang untuk elakkan meroyan dan stress yer. Bila stress, of course darah tinggi akan naik.

Jika berminat untuk mendapatkan kedua-dua supplement cadangan ni, boleh terus hubungi nadim di sini

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 014-9408215♥ Call / message: 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Anda sedang berusaha untuk elakkan bersalin secara pembedahan? Cuba baca tips bersalin normal tanpa jahitan ni

Ada masalah HB rendah masa mengandung? Jom baca cara naikkan HB dengan mudah di sini


Comments

  1. salam doc.. kalau saya terlebih cucuk heparin macam mane ye.. sepatutnya 1ml sy tercucuk 5ml

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA