TIPS BERSALIN NORMAL TANPA JAHITAN

Boleh ke bersalin normal tanpa jahitan? Macam mustahil je! 

Rasa sakit contraction berjam-jam sampai ibu jadi penat, letih takde tenaga, mana mungkin boleh push tanpa digunting langsung kan. 

Jahitan normally dibuat apabila laluan bayi dibesarkan sedikit untuk membantu baby keluar dengan baik. Jahitan jugak selalunya diperlukan lebih banyak apabila ibu tersalah teknik meneran. Terangkat punggung, lantas menyebabkan koyakan extra pada bahagian bukaan laluan. 

Memanglah jahitan dan koyakan ni tak sama sakitnya jika dibandingkan dengan mereka yang bersalin secara ceaser, tapi kalau boleh elak, mesti ramai wanita nak elakkan. Betul? 

Pengalaman saya

Alhamdulillah, kedua-dua anak saya dilahirkan normal tanpa perlu gunting atau forceps untuk membantu mereka keluar. Saya lalui proses bersalin dengan sangat mudah. 

Untuk anak pertama, air ketuban dulu yang pecah jam 4 pagi hari ahad 27/3/2016. Darah mula keluar jam 8.30 pagi masa saya ke klinik desa terdekat untuk check samaada perlu ke hospital atau tidak. Masa ni belum rasa sakit contraction.

Tapi lepas nurse check jalan, barulah rasa contraction. Jam 10 pagi saya sampai di hospital, 10.20 pagi anak pertama saya selamat dilahirkan. Tanpa gunting dan koyakan, tapi nurse jahit sedikit untuk kecilkan tempat laluan baby atas sebab baru anak pertama. 

Untuk anak kedua, contraction palsu saya mula rasa pada jam 7 malam 3/5/2018. Banyak aktiviti malam tersebut. Jam 12 malam baru saya rasakan contraction yang semakin kerap dan berpanjangan. Sampai di hospital jam 1.20 pagi, 1.30 pagi saya dah selamat melahirkan anak kedua. 

Husband yang pergi parking kereta pon terkejut bila sampai bini dia dah bersalin😅. Juga tanpa gunting dan koyakan, dan kalini tiada sebarang jahitan dibuat. 

Tips bersalin normal tanpa koyakan dan jahitan

Ni antara tips yang boleh diamalkan oleh para ibu mengandung untuk memudahkan proses bersalin. Less pain of contraction, dan seterusnya boleh bersalin secara normal tanpa koyak dan jahit.

1. Jadi seorang ibu yang aktif

Bermula kandungan mencecah 8 bulan ke atas, kene jadi sangat aktif. Mulakan exercise berjalan kaki paling kurang 500m setiap hari. Petang-petang keluarlah berjalan ke taman sambil melayan anak-anak dan suami beriadah.

Kalau masa tak mengizinkan dan sentiasa balik kerja pon hari dah malam, anda boleh menggunakan tangga sebagai medium untuk exercise. Avoid penggunaan lif. Setakat naik rumah tingkat 4, gunakan tangga jer😊😂

Masa anak pertama, kami tinggal di flat tingkat 4 tanpa lif. Purata penggunaan tangga 2 kali sehari. Naik dan turun untuk pergi kerja, kadang-kadang lebih sebab terpaksa turun lagi malam hari untuk beli makanan😅

2. Banyakkan berjalan apabila contraction

Berjalan masa contraction ni membantu bukaan rahim dengan lebih cepat. Minta bantuan suami jika anda takut terjatuh. Mundar mandir dalam rumah je pon okey.

Pengalaman saya, dua-dua anak dalam masa 5 jam sebelum bersalin, memang saaangat banyak berjalan

3. Berjalan itik

Ramai orang setuju, berjalan itik mempercepatkan bukaan rahim especially bagi mereka yang dah pon bukaannya 2cm, sakit contraction sangat-sangat tapi progress bukaan terlalu lambat. Layan contraction dengan berjalan itik memudahkan laluan terbuka.

4. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Air selusuh gunanya untuk memudahkan bersalin. Bila minum air selusuh, baby akan bersedia untuk keluar. Kalau minum terlalu awal tapi bukaan masih tiada, ibu akan rasa sakit contraction tu lama sangat!

Sebaiknya, minumlah air selusuh apabila bukaan sudah ada.

5. Banyakkan zikir dan doa Nabi Yunus

Banyak-banyak mengingati Allah, dan basahkan lidah dengan berzikir. Setiap kali contraction ada, jangan menjerit tapi tukarkan dengan zikir, selawat, istighfar dan takbir.

Amalkan membaca doa ni untuk mempermudahkan lagi bersalin dan Allah sentiasa jaga kita.


6. Banyakkan solat dan sujud

Posisi sujud membantu kelancaran proses bukaan rahim dan bersalin. Bermula seawal kandungan, cuba tambahkan amalan-amalan solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat tahajud dan solat sunat taubat. 

7. Urutan prenatal

Ramai orang takut untuk mengurut masa mengandung. Mungkin percaya mitos bila mengurut, takut keguguran kalau tersalah tempat urut. 

Sebenarnya, Urutan untuk ibu mengandung sangat bagus dilakukan. Ia membantu ibu untuk rasa lebih relax, mengurangkan gejala lenguh dan cramp kaki serta menguatkan otot badan kita. 

Urutan ibu mengandung sama tak sama pon dengan urutan biasa. Bidan atau therapist tidak akan menyentuh langsung bahagian perut ibu, dan urutannya tidak menggunakan tekanan yang kuat. 

Untuk servis urutan ibu mengandung, saya highly recommend ibu-ibu yang berada di sekitar Lembah Klang untuk ke Urban Retreat Spa The Curve. Alami sendiri betapa bestnya bila lepas sesi urut tu. Anda akan sangat relax dan selesa. Kadar bayaran walaupon lebih tinggi daripada bidan biasa, pakej 1 jam 30 minit dengan bayaran RM 170, tapi sangat berbaloi. 

8. Cara meneran yang betul

Bermula kandungan 9 bulan, ibu dah kene ulang ulang ulang buat cara untuk meneran yang betul. Anda boleh refer buku, tulisan google atau menggunakan Youtube untuk belajar lanjut. 

Proses meneran memerlukan anda bernafas dengan tenang. Teknik 2-4-8 saat sangat membantu untuk anda bertenang dan mulakan meneran. 

Jangan teran kalau doktor tak suruh kerana ia boleh mencederakan perinium. 

Perlu diingat juga, jangan sesekali mengangkat punggung ketika meneran! Ia akan menyebabkan koyakan yang banyak mungkin sampai ke punggung! Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat. Sebolehnya bahagian punggung tu rapatkan pada katil. 

9. Buat senaman kegel 

Senaman kegel boleh menguatkan lantai pelvik. Caranya sangat mudah. 
  • Kemutkan otot pelvis seperti tindakan menahan kencing.
  • Tahan selama 5 saat
  • Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat
  • Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.
Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. 

Kalau tak sempat nak buat sebab ada anak ramai yang perlukan perhatian, anda juga boleh buat senaman bersama mereka contohnya dengan buat gerakan mudah seperti merangkak😍

10. Amalkan mengambil vitamin prenatal dengan konsisten

Vitamin prenatal lazimnya akan diberikan apabila anda mula membuka buku pink di klinik kesihatan kerajaan atau di klinik swasta. Cumanya, ia mungkin berbeza kandungannya dan setiap vitamin yang diberikan. 

Jika di klinik kerajaan, anda wajib akan dapat asid folik, obimin, dan pil zat besi. Untuk klinik swasta, lazimnya ditambah dengan pil vitamin C, multivitamin dan kapsul minyak ikan. 

Kesemua ni membantu ibu untuk menyokong kehamilan yang sihat, mengelakkan kelahiran pramatang dan membantu proses pengecutan dan pengembangan otot yang terkawal sepanjang mengandung.


Pengambilan minyak ikan dan supplement magnesium sangat penting di akhir trimester especially dah dekat-dekat due bersalin kerana ia memudahkan lagi pembukaan jalan dan melicinkan saluran keluar bayi. 
11. Jangan panik! 

Bertenang. Jangan takut. Panik hanya akan membuatkan pernafasan kita tidak teratur. Bila pernafasan tidak teratur, ibu akan lebih cepat penat, kadar oksigen yang masuk ke dalam badan juga akan berkurang. Ini boleh menjejaskan kedua-dua ibu dan bayi. 

Apa pon, setiap proses bersalin tu mesti ada walaupon sikit rasa sakit. Laluinya dengan baik baik taw. Lepas bersalin, jangan lupa berpantang pulak. Pantang yang baik mampu menjarakkan kehamilan dan membantu ibu untuk kembali sihat sempurna.


Jika anda ingin mendapatkan set ibu mengandung serta berpantang, boleh terus hubungi saya di:

Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)

♥ WhatsApp : 011-10408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN