5 TIPS KULIT CANTIK DAN AWET MUDA
Assalamualaikum semua. Harini nadim nak share 5 tips untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda.
Setiap orang especially perempuan yang berusia antara 10 tahun hingga 50 tahun suka nampak cantik dan muda. Kan?
Ada orang sampaikan sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk membuat sedikit pembedahan serta mencucuk vitamin C, kolagen dan sebagainya hanya kerana nak nampak cantik, putih, kulit tegang tanpa sebarang kedutan.
Tapi itu bukan sahaja cara yang ada!
Jom cantik, kelihatan muda dan awet muda dengan tips ni!
Air adalah komponen yang sangat sangat penting untuk badan kita. Lagi-lagi bila cuaca panas, badan kita akan dehydrate terlalu banyak.
Dehidration boleh menyebabkan kulit semakin kering dan kusam. Bila kulit kering, muka akan hasilkan minyak untuk mengawal kelembapan. Minyak ni lah yang akn buatkan kulit muka kita cepat break out.
2. Ambil supplement Vitamin C
Vitamin C sangat sangat penting untuk membantu kulit repair secara semulajadi.
Tengok je la kebanyakan produk kosmetik, mesti nak add up vitamin C kan.
Yesss. Jawapannya mudah, vitamin C memang untuk mencantikkan kulit. Sampaikan ada yang sanggup buat serum berkepekatan lebih 10% vitamin C semata-mata untuk memulihkan masalah kulit yang break-out.
Keistimewaan supplement vitamin C ni sangat banyak. Selain daripada untuk kecantikan kulit, ia juga sangat bagus untuk tingkatkan imunisasi badan kita jika diambil melalui oral.
Antara lain keistimewaan vitamin C adalah:
- Membantu bertindak sebagai antioksidan dalam badan
- Membantu mencegah dan mengurangkan kedutan
- Membantu meningkatkan kelembapan kulit
- Membantu mencerahkan kulit
- Membantu mengecutkan jerawat
- Membantu penghasilan kolagen secara semulajadi dalam badan
3. Tegangkan kulit dengan kolagen
Kolagen adalah ibarat seperti gam dalam badan kita yang menggamkan kulit, isi dan keselurahan sel dalam badan kita. Kolagen juga dihasilkan secara semula jadi di dalam badan.
Namun, penghasilan kolagen ni semakin berkurang bila usia kita meningkat melebihi 30 tahun dan ke atas.
Antara tanda penuaan yang jelas disebabkan berlakunya pengurangan oksigen ni adalah:
1. Kulit semakin kendur dan mula bergaris halus
2. Rambut lebih banyak gugur daripada kebiasaan
3. Kuku menjadi lebih mudah rapuh dan mula timbulnya bintik putih di belakang kuku
4. Sakit sakit badan dan mula sakit sendi apabila bergerak. Especially pada bahagian joint.
Kolagen sangat banyak dijumpai dalam kulit kita. Kolagen ni bertindak sebagai blok untuk menganjalkan kulit.
Kalau kolagen dan berkurang, pakailah krim anti aging sebanyak mana sekalipon pada bahagian luaran kulit, ianya tetap sia-sia
Pengambilan kolagen bersama vitamin C membantu menganjalkan kembali kulit anda dan menghilangkan bintik-bintik halus, pori-pori yang besar, memudarkan jeragat dan menghilangkan garisan kedut pada kulit.
4. Sentiasa massage muka anda
Ramai orang sering abaikan bab ni. Sebenarnya, massage muka mebantu melancarkan aliran darah di muka.
Tak perlu ke facial spa, hanya jari-jemari kita juga sudah memadai.
Massage muka juga membantu penghasilan kolagen dan elastin, elain daripada membantu mengangkat struktur kulit kita ni supaya tak jatuh atau berkedut ke bawah. Jadi urut naikkan ke atas yer. Jangan ke bawah pulak.
5. Gunakan skincare yang sesuai
Ramai orang mengabaikan penggunaan skincare untuk kecantikan luaran.
Sama lah macam nadim ni. Hanya gunakan pencuci muka dan pelembap je. Dulu ada jugak gunakan nutriwhite mekap remover untuk buang sel kulit mati. Tapi bila dah habis stok, dah tak gunakan apa-apa mekap remover lagi dah.
Namun begitu, walaupon penggunaan skincare ni penting untuk luaran wajah, jangan pulak kita pilih sewenang-wenangnya.
Pemilihan skincare haruslah bersesuaian dengan kulit kita dan juga bebas daripada bahan-bahan yang merbahaya.
Comments
Post a Comment