TIPS BANYAKKAN SALE
Dah nak masuk fasa ketiga bulan March. Nadim nak share beberapa tips untuk banyakkan sales.
Ada yang masih jauh lagi mengejar target SALES.
Harini nadim nak share beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk kejar balik target dan semaksimum boleh cuba dapatkan.
Kalau dah buat bisnes, mestilah nadi utamanya adalah SALES kan? Kalau sales sendu, hilanglah nadi utama bisnes kita.
Tak kiralah dalam bisnes online mahupun offline. Kita mesti giat usaha untuk gandakan sales.
Hari ni saya kongsikan tips untuk menggandakan sales bisnes online yang dijalankan di rumah.
Paling utama, YAKIN akan dapat!
Next next:
1. Banyakkan Perkongsian guna medium yang kita ada.
Kalau sebelum ni 5je post kat facebook, fasa ni kene 10 kali post.
Pastu masuk kat semua group bisnes kat facebook, group kawasan, post post post!
Ada instagram, gunakan. Banyakkan post. Tak reti takde idea nk tulis apa? Copy je status uols sebelum ni.
Blog? Konsisten update sehari sekali biasanya kan. Ce cuba buat 2 post and share!
2. Gandakan Amalan Rohani
Ingat lagi article yang salah seorang ustaz famous tulis beberapa hari lepas untuk program beliau, slot tahajud dimasukkan ke dalam program beliau, tapi kene marah dengan pihak pengurusan customer.
Amalan rohani especially tahajud ni lah kunci berkat, redha dan berjuta-juta rezeki daripada Allah. Jaga tahajud, insyaAllah terjamin rezeki mereka.
Jadi kita, kalau sebelum ni tahajud seminggu sekali, ce cuba kerapkan sekali sehari. Wajibbb. Tak lama. Paling kurang 10 minit sebelum azan subuh.
Buatlah dengan ikhlas. Mula2 terpaksa, lama-lama terbiasa.
3. Contact semua prospek dan existing customer
Follow up, bukan follow through. Means, wassap tu personal dituju pada mereka. Bukan broadcast. Ambik masa jugak nak buat ni. Tapi, nak seribu daya, tak nak u fikir sendiri. .
4. Bila kita STUCK, carilah guru.
Ilmu kita ni sangat lah luas..mungkin ilmu yang ada untuk marketing kita tu dah lapuk. Dah tak makan dah strategi lama. Jadinya, keluarlah menuntut ilmu dengan otai untuk refresh dan dapatkan ilmu yang betul especially dalam dunia marketing yang ikut sama berubah macam trend pakaian.
5. Buang BLOCK yang ada.
Setiap daripada kita pasti ada halangan tertentu kenapa tak boleh capai. Contohnya, anak sibuk nak handfon mama.
Ni tandanya anak perlukan perhatian.
Ambil masa entertain si dia supaya both party lebih selesa dan senang hati. Bila kita senang hati, lebih mudah sales akan masuk. Jangan lupa jugak, doa si anak pon membantu untuk kita dapat apa yang kita nak.
Sekian 5 tips daripada nadim. Nadim wish gud luck pada semua pengurus bisnes termasuklah team HSG.
Anda masih tercari-cari bisnes yang sesuai untuk anda?
Anda memerlukan guide untuk menjalankan bisnes?
Jangan risau, jom sertai nadim. Kita ada module tertentu untuk membantu anda. Dan semua ni PERCUMA sahaja jika anda sertai Shaklee di bawah nadim.
Hubungi Nadim ditalian whatsapp 014-9408215 untuk sebarang pertanyaan
Comments
Post a Comment