DETOX MENGGUNAKAN VITAMIN C MEGADOSE

Perkongsian ini ditulis oleh Dr Hafiz Sulaiman yang hanya sebagai pengetahuan am detox menggunakan vitamin C mega dose atau high dose. Ianya tidak bertujuan merawat. Sila jumpa doktor jika ada penyakit.

PROTOKOL VITAMIN C Mega adaptasi daripada protokol Cathcart.MD

# banyakkan pengambilan air semasa menjalani protokol ini.
# kontraindikasi: masalah darah. G6PD, haemolytic anemia

Dewasa
-2gram 4-5 jam sekali.
-Sekiranya cirit, kurangkan dos kepada 1 gram.
-Naikkan dos selepas 3 hari 1gram lagi
-naikkan 1g lagi hingga maksimum(cirit), sekiranya cirit kekalkan dos sebelumnya. Selepas 3-5 hari, naikkan 1gram sehingga dos ideal (rujuk jadual)

Kanak-kanak
-Dos selamat antara 350mg-700mg/kg berat.

Kekalkan 6gram atau lebih setiap 4-6jam sehingga simtom hilang atau anda berpuas hati dengan kesan positif. Anda digalakkan mengekalkan sekurangnya 4 gram sehari. Perbetulkan sekiranya saya salah ya.

P/S: Sy bukan biochemist tongue emoticon maaf ni buat x cukup homework nanti saya akan kemaskini versi2. Semoga berjaya.

Memperkenalkan Megadose Vitamin C:

Disclaimer: Entry ini bukan bertujuan untuk merawat, member nasihat perubatan atau menggantikan nasihat/ubatan doktor. Sekadar berkongsi pembacaan dan pengetahuan luar perubatan "mainstream".

Pengenalan: Vitamin C (L-ascorbic) atau ascorbic acid (ion) sodium ascorbate(mineral) merupakan vitamin ?micronutrien "essential", yang bermaksud manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C berbanding spesis maka memerlukan makanan yang mengandungi vitamin C.

Ramai beranggapan bahawa vitamin C ialah antioksida. Benar, tetapi pada dos yang tinggi lebih ~10gram vitamin C menghasilkan reaksi seperti pro oxidant yang mana kesannya ialah penghasilan Reactive Oxygen Species(ROS), catalase, superoxide dismutase(SOD), nitric oxide (NO), glutathione peroxidase (GPx) dll

.

Kebaikan vitC suplement terutamanya dalam buku Dr Saul dan pemenang 2 nobel Dr Linus Pauling.

Kesan kebaikan daripada reaksi ini termasuk:
1. mengurangkan sakit ( COX2) dan melancarkan darah (NO)
2. anti microbial in vitro melalui pembebasan H202 ( virus, bakteria, kulat, parasit)
3. meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap ROS (contoh lain ialah senaman meningkatkan antioxida badan melalui oxidative stress (ROS)).
4. mencantikkan dan mencerahkan kulit (GPx)
5. meningkatkan tenaga badan melalui pembebasan oxigen oleh H202 dan peningkatan kecekapan pengangkutan oksigen melalui darah
6. meningkatkan kolagen (ni semua orang tau) dan regenerasi kulit (FGF)
7. Antikans...err..belum dibuktikan..namun sel kanser sememangnya diketahui tidak dapat hidup kawasan tinggi oksigen.
8. Anti radang - COX dan RS
9. kurangkan tekanan darah, gula darah
dan banyak lagi kebaikan..kesan yang sama seperti terapi oxidative lain seperti:

A. Ozone Therapy
B. Hydrogen peroxide(H2O2) food grade
C. UV Blood Irradiation (UVBI)
D. Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT)
E. Megadose Vitamin C

Cara mendapatkan kebaikan ROS ialah tidak lain dan tidak bukan ialah mencapai tahap "Mega" pada dos vitamin C. Masalah utama ialah "toleransi perut"- cirit birit lah..lebih dos sekaligus 2 gram dewasa normal akan mengalami diarrhea ( cirit-biritlah).

Dr Robert Cathcart telah menemui bahawa semakin "toksik" badan, semakin tinggi bowel tolerance pengambil vitamin C..pendek kata semakin banyak gram yang mampu diambil dalam satu masa.

Mitos vitC #1: menyebabkan batu karang/buah pinggang tidak dpt dibuktikan kerana vitamin larut air adalah kurg bahaya. Oxalate yg tinggi dalam air kencing tidak dpt dibuktikan penyebab batu karang calcium oxalate stone kecuali sudah ada batu karang.

--------------------------------------------

Semoga bermanfaat. Walaupun penulisan agak tunggang langgang hehe..maafkan lah dia 😅

Comments

Popular posts from this blog

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

CARA MENGGUNAKAN STERIMAR UNTUK BAYI SELSEMA

SUSU BADAN CAIR. NI CARA PEKATKAN SUSU BADAN