MAKAN MAKANAN BERKHASIAT TAK PERLU AMBIL SUPPLEMENT
Assalamualaikum semua. Harini nadim terbaca posting facebook tentang satu post pasal kanser lidah untuk perokok. Dalam post ni ada komen-komen mencegah kanser dengan amalan pemakanan sihat, tanpa perlukan supplement dan rawatan.
Ramai lagi yang masih berfikir, tak perlu ambil supplement. Cukup hanya dengan ambik makanan sihat seperti ubi keledek, sayuran berwarna warni dan makan buah-buahan.
Jadi, nadim rasa terpanggil untuk menjawab pernyataan ni dengan lebih baik supaya ramai orang tahu termasuklah downline dan customer nadim sendiri, bahawasanya supplement tetap penting walaupon sudah mengambil makanan berkhasiat.
Untuk menjawab pernyataan ni, nadim kongsikan penulisan yang telah pon dikupas oleh salah seorang Master Coordinator Shaklee Malaysia, iaitu Master Farhana Mohd Fakeh atau lebih dikenali sebagai Master Nana Macarona.
-----------
Dan apa yang nana bakal kongsi ni bukan statement pandai-pandai daripada nana sendiri sahaja, tetapi juga statement daripada seorang PEGAWAI FARMASI sendiri, Nurhamizah Mohd Murshid 😊
Baiklah, untuk yang tertanya-tanya sama ada PERLU KE KITA AMBIL SUPPLEMENT ni sebenarnya? Kalau ditanya pada nana of course jawapannya SANGAT PERLU..
Dan nana nak fokus terlebih dahulu kepada beberapa golongan yang sangat PERLU untuk ambil supplement.
🌺 IBU HAMIL
Ibu hamil adalah antara golongan yang sangat PERLU untuk ambil supplement kerana nutrisi yang diperlukan bukan hanya penting untuk IBU, tetapi juga anak di dalam kandungan.
Antara supplement yang IBU HAMIL perlu ambil ialah, ASID FOLIK. Asid folik sangat penting untuk diambil kerana ia mampu mengurangkan risiko SPINA BIFIDA iaitu kecacatan pada janin..
Dan ASID FOLIK itu sendiri adalah SUPPLEMENT 😊
Selain itu, semakin besarnya kandungan, kepekatan dalam darah akan berkurang dan boleh menyebabkan LOW HEMOGLOBIN (HB), sebab tu selalunya doktor akan beri IRON SUPPLEMENT kepada ibu mengandung untuk menstabilkan HB ke paras normal 11 dan ke atas.
Kekurangan hemoglobin bukan sahaja boleh membahayakan bayi kerana kekurangan oksigen, ibu juga mengalami risiko anemia teruk hingga perlu ditambah darah dan mungkin berlakunya tumpah darah selepas bersalin.
Dalam SHAKLEE, supplement yang mengandungi ASID FOLIK adalah B COMPLEX, dan supplement yang mengandungi IRON ialah VITALEA.. Maka sebab itu nana sangat suggest IBU HAMIL untuk ambil at least dua jenis supplement ini..
🌺 MEREKA YANG KURANG SELERA MAKAN
Tak dinafikan, sesetengah orang akan cakap TAK PERLU MAKAN SUPPLEMENT, AMBIL SAJA DARIPADA PEMAKANAN HARIAN..
Statement tu tak salah pun dan nana tak nafikan pun.. Tapi itu kalau untuk orang yang memang ambil makanan yang cukup keperluan nutrisi setiap hari..cukup nutrisi tu maksudnya memang ambil pelbagai sumber makanan sehari taw. Bukan 3-4 jenis makanan sahaja.
Macam mana pula untuk orang yang memang KURANG SELERA MAKAN? Yang mana memang tak cukup makan lah senang cerita, contohnya mak ayah kita yang dah tua.
Takkan kita nak pergi paksa mak ayah kita untuk makan buah oren 10 biji sehari untuk dapatkan keperluan Vitamin C yang cukup?
Macam mana pulak untuk sesetengah orang yang memang TAK MINUM SUSU..
Macam mana nak dapat sumber KALSIUM yang cukup untuk badan?
Macam mana dengan orang yang memang TAK MAKAN SAYUR?
Contohnya macam diri nana sendiri, nana jujurnya memang TAK MINUM SUSU LANGSUNG. Bukan saja-saja, tapi memang tak boleh telan. So dari mana nak dapat sumber kalsium kalau nana tak ambil supplement?
🌺 MEREKA YANG ADA PENYAKIT
Kita ambil dulu contoh pesakit DIEBETES, kebanyakan daripada mereka mengalami masalah insulin tidak berfungsi dengan baik untuk menukarkan gula daripada makanan yang masuk ke dalam badan kepada tenaga.
Masalah insulin tidak berfungsi ni boleh diatasi dengan mengambil supplement yang ada KROMIUM. Kromium membantu insulin bertindak lebih baik ke atas gula dengan meningkatkan sensitiviti insulin itu sendiri. Mengikut data statistik penyakit diebetes, sememangnya pesakit-pesakit ini mempunyai level kromium yang sangat rendah dalam badan mereka.
Selain itu, pesakit diebetes juga mempunyai level vitamin C yang rendah di dalam badan menyebabkan daya imunisasi mereka juga turut rendah. Pesakit diebetes sangat mudah mendapat penyakit berkaitan imunisasi. Bila luka atau berkudis, luka mereka sangat lambat sembuh. Dan vitamin C antara supplement wajib kepada pesakit diebetes.
Dalam Shaklee, vitamin yang boleh membantu pesakit diebetes ni antaranya adalah Vitalea untuk bekalan multivitamin dan kromium, sustained released Vitamin C dan juga vivix untuk bekalan polifenol sebagai antioksidan, antikulat seterusnya mencegah komplikasi diebetes.
P/s: ni nadim dapat daripada kelas nutrisi untuk pesakit diebetes bersama Dr Haresh Kumar
🌺 ADA VITAMIN YANG TAK BOLEH DIHASILKAN SENDIRI OLEH BADAN..
Contohnya VITAMIN C yang memang wajib kita dapatkan daripada sumber luar, contohnya buah oren dan sebagainya..
Tapi jujur lah kalau nana tanya, kita yakin tak kita makan sumber VITAMIN C yang cukup setiap hari?
Kita yakin kita boleh makan buah oren 7-10 biji setiap hari untuk cover keperluan vitamin c yang tubuh badan kita perlukan?
Pengalaman nana sendiri, sebelum nana consume VITAMIN C SHAKLEE, jujurnya nana sangat mudah jatuh sakit, wallahi..
Tidur lambat sikit boleh demam, kena hujan sikit confirm demam.. Imun rendah sangat dulu, walhal nana suka makan buah..
Cuma ada lah hari-hari yang tak mampu nak makan buah.. Tapi seriously memang imun system sangat rendah masa tu..
Dan Alhamdulillah sejak amalkan Vitamin C Shaklee almost 5 tahun, boleh kata nana sangat jarang demam.. Sangat jarang jatuh sakit dengan izin Allah..
Dan bukan nana saja, anak nana pun boleh dikatakan sangat jarang jatuh sakit, dengan izin Allah.. Mungkin dia pun dapat jugak vitamin tu melalui air susu nana sendiri.
----------
Mengenai isu pengambilan AIR yang disarankan untuk mereka yang ambil supplement, sebenarnya water intake yang perlu diambil adalah sama saja macam orang normal yang tak ambil supplement..
Ambil supplement atau tak ambil supplement, water intake tetap mesti 8 GELAS setiap hari ya kawan-kawan..
---------
Untuk pesakit BUAH PINGGANG, selalunya memang kita tak sarankan untuk minum air banyak sebab kita tahu pesakit buah pinggang selalunya memang tak boleh ambil water intake terlalu banyak setiap hari..
Based on apa yang mizah explain pada nana, pesakit BUAH PINGGANG sebenarnya memang ada diberi supplement pun.. Sebab bila buah pinggang rosak, boleh lead kepada ANEMIA..
Pesakit buah pinggang pun memang diberi supplement seperti B COMPLEX, KALSIUM, IRON dan VITAMIN C..
----------
Untuk PESAKIT KRONIK, selalunya nana dan team Spectacular tak akan simply mintak bergantung kepada supplement kalau ada yang datang bertanya akan supplement yang sesuai..
Selalunya kami memang akan minta mereka rujuk doktor terlebih dahulu sebelum ambil apa-apa juga supplement..
Bila doktor approve, mereka datang kembali kepada kami then baru kami akan suggest supplement mengikut saranan doktor kepada mereka..
Nana sendiri tidak akan sesekali halang customer daripada ambil ubat hospital walaupun dah ambil supplement..
Sebab nana pegang, SUPPLEMENT ITU FUNGSI DIA BUKAN UNTUK DIAGNOSIS, MENCEGAH ATAU MERAWAT, tetapi lebih kepada untuk mendapatkan KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT 😊
Kalau dah sakit, memang UBAT lah yang perlu dicari.. Dan supplement berfungsi sebagai PENYOKONG sahaja buat badan kita 😊
---------
Kalau dilihat pada artikel yang nana attach sekali, ada statement daripada DATUK DR RAJBAN SINGH mengenai keperluan mengambil supplement dalam kehidupan seharian, yang mampu mengurangkan risiko penyakit kronik..
Siapa Datuk Dr Rajban Singh ni?
Beliau adalah PRESIDENT MALAYSIAN WELLNESS SOCIETY merangkap DOKTOR PAKAR DI PANTAI HOSPITAL 😊
Bukan calang-calang orang yang bagi statement betapa pentingnya supplement ni tau 😉
-----------
Semoga penjelasan nana ini dapat merungkaikan kekeliruan di mana-mana pihak akan KEPENTINGAN SUPPLEMENT..
Kalau ditanya kepada nana PERLU ATAU TIDAK AMBIL SUPPLEMENT?
Jawapannya, SANGAT PERLU..
Sebab kita tak mampu beri jaminan yang kita mampu dapat semua nutrisi yang diperlukan badan melalui pemakanan harian..
Tambah-tambah pulak di zaman yang penuh dengan pencemaran dan radikal bebas macam sekarang ni..
Kalau nak ditulis, banyakkk lagi sebab lain kenapa pada nana SUPPLEMENT ITU PERLU pada zaman sekarang..
Tapi tak apa, nana akan kongsi sedikit demi sedikit sepanjang hari ni ya 😊
Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua..
------------
Comments
Post a Comment