CARA MENGHILANGKAN RAMBUT GUGUR TERUK SELEPAS BERSALIN
Masalah keguguran rambut sering terjadi terutamanya pada wanita bermula seawal umur belasan tahun lagi. Namun, masalah itu semakin teruk selepas bersalin. Apakah cara menghilangkan rambut gugur teruk selepas bersalin?
Ramai orang sanggup berhabis duit yang sangat banyak untuk membeli produk penjagaan rambut yang mahal-mahal seperti Syampu, tonik rambut, serum, rawatan pakar-pakar rambut, tapi masalah rambut gugur yang teruk ni masih tak dapat diselesaikan.
Apakah punca sebenar yang wajib anda tahu kenapa rambut mulai gugur dan semakin teruk selepas bersalin?
Punca dan sebab keguguran rambut:
Masalah keguguran rambut adalah normal pada semua orang sepanjang hidup. Masalah tiroid, anemia, kekurangan protein dan kolagen dalam badan, umur meningkat, tekanan bekerja, perubahan hormon daripada kanak-kanak kepada remaja, kemudian menjadi dewasa seterusnya mengalami fasa mengandung, bersalin dan menopouse.
Semua ni adalah faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut.
11 cara menghilangkan rambut gugur teruk selepas bersalin
Jom kita tengok petua-petua untuk kurangkan dan hentikan masalah rambut gugur ni.
1. Jangan menyikat rambut ketika masih basah
Rambut yang basah senang untuk putus dan masih kusut. Bila kita menyikat rambut ketika ini, rambut akan lebih banyak gugur dan melekat pada sikat rambut. Masa rambut basah juga, kulit kepala kita masih lembut dan kurang mencengkam akar-akar rambut.
Tunggu hingga rambut kering terlebih dahulu barulah sikat😊
2. Jangan sikat rambut selepas bangun tidur
Ha, ni petua yang memang orang-orang tua marah kalau buat. Sikat rambut lepas bangun tidur memang akan buatkan rambut lagi banyak gugur. Tak percaya, buatlah.
Tapi masa tidur pon rambut penuh kat bantal. Macam mana tu? Kikiki
3. Jangan kerap syampu rambut. Seminggu sekali dah cukup.
Penggunaan syampu sekarang ni mostly ada banyak bahan kimia campuran. Nak bagi buih banyak, nak bagi berbau harum, nak hilangkan kelemumur dan sebagainya.
Contoh senang, cuba tengok ingredients. Ada tak "sodium laureth sulfate". Ni adalah bahan untuk buatkan syampu kita berbuih.
Pilih syampu tanpa bahan ni lebih baik. Nadim gunakan syampu ni. Of course tanpa sodium laureth sulfate. Tapi menggunakan Sodium Laureth Sulfoacetate. Apa ni? Ni adalah bahan yang diextract daripada minyak kelapa dan kelapa sawit😊. Naturally derived!
4. Gunakan sikat bergerigi jarang
Sikat yang jarang boleh mengurangkan bahagian pertengahan dan hujung rambut tersekat. Banyak je sikat bergerigi jarang ni ada kat kedai.
5. Hilangkan kusut rambut sebelum syampu
Bangun awal sangat penting taw. Selepas bangun, boleh la ambil masa sekejap buat apa-apa, kemudian sikat rambut dan leraikan rambut kusut terlebih dahulu barulah mandi dan syampu
6. Berhenti warnakan rambut
Pewarna rambut selain daripada inai daun hampir sama sahaja dengan syampu. Produk ni mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh merosakkan kutikel rambut. Warna semulajadi rambut insyaAllah lebih cantik.
Tapi nak inai pon takde masalah. Inai daun jer. Cantik jadi rambut!
7. Tambahkan sedikit garam ke dalam syampu
Jika rambut anda adalah jenis yang kasar dan kering, jangan lupa selepas syampu rambut yang dah diletakkan garam ni, gunakan conditioner dan minyak yer. Elakkan rambut jadi kasar dan keras.
Dan jangan letak garam banyak sangat! Garam bukit lebih baik daripada garam putih biasa
8. Minum air sekurangnya 8 gelas sehari
Air sangat-sangat penting untuk badan. Juga pada kulit rambut. Dehidrasi boleh menyebabkan rambut gugur lebih teruk. Ia juga penting untuk mempercepatkan rambut tumbuh kembali
9. Elakkan penggunaan pengering rambut menggunakan suhu yang tinggi
Penggunaan haba yang tinggi boleh merosakkan akar rambut dan kulit kepala
10. Makan makanan seimbang
Makanan yang seimbang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan minerals yang diperlukan oleh badan kita dan juga untuk rambut yang sihat.
Pemakanan yang tinggi dengan minyak dan bahan tambahan boleh menyebabkan hormon dalam badan berubah serta meningkatkan risiko keguguran rambut.
11. Ambil suplement utama untuk rambut dan hormon
Perubahan hormon daripada kita kecil, mula datang haid, kemudian berkahwin dan mengandung, lepastu bersalin memang akan buatkan rambut gugur.
Daripada hanya hormon estrogen dan progestron, kemudian hormon menyusu. Perbezaan paras hormon ni jika dikawal dengan baik, badan kita juga akan sentiasa lebih sihat dan bertenaga.
Antara suplement cadangan untuk menguatkan akar rambut dan seterusnya menghilangkan rambut gugur adalah:
i. Kolagen - kolagen dalam badan kita semakin berkurang bila umur 20 tahun dan ke atas dan semakin hilang bila umur mencecah 40 tahun.
Perubahan ketara bukan sahaja jelas pada rambut yang semakin gugur, malah pada kulit kita yang semakin kendur dan mula timbul tompok-tompok hitam jeragat.
Kolagen sangat penting untuk menguatkan akar dan keseluruhan rambut yang sihat. Kolagen juga adalah asas kepada kulit, kuku dan rambut.
ii. Protein - protein juga merupakan asas rambut. Kekurangan protein berlaku berpunca daripada kesan penuaan, pengeluaran darah haid dan nifas serta susu ibu.
Kebanyakkaan daripada kita rakyat Malaysia lebih banyak mengambil karbohidrat berbanding protein. Jadi terlebih kalori bukan cukup protein. Dan protein sehari kita perlukan variasi supaya dapat diserap betul-betul ke dalam badan.
Pengambilan protein dan kolagen setiap hari membantu pertumbuhan rambut baru yang lebih kuat, hitam dan tahan lasak.
Kekurangan kolagen dan protein juga menyebabkan rambut kita lambat tumbuh taw! Orang lain dua tiga bulan dah tumbuh, dah panjang. Kita mungkin lagi lama daripada tu😅😌
iii. Multivitamin
Multivitamin membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk menguatkan rambut dan juga menjaga kestabilan hormon kita.
Sebagai contohnya, zat galian zinc sangat digalakkan untuk diambil bagi mengelakkan rambut gugur pada ibu mengandung dan menyusu. Zinc juga menjadi salah satu item penting untuk rawatan rambut dan ada pada banyak jenis krim rambut.
Pengambilan multivitamin juga mampu mengurangkan masalah kelemumur yer!
Psikologi rambut gugur teruk
Masalah utama ibu-ibu bila rambut gugur lepas bersalin ni takut kepala botak kan?
InsyaAllah takkan sampai botak. Cuma kosong kat ruangan tertentu dan rambut makin menipis jer.
Plus, dengan anak yang baru mula meniarap, merangkak akan mula mengutip barang-barang yang dijumpai termasuklah rambut. Dan masuk ke dalam mulut.
Pengalaman sendiri, sampaikan husband nadim menegur. Rambut gugur banyak sangat. Kat sikat ada, kat ruang tamu ada, kat bilik ada, kat dapur pon ada. Dalam masakan pon kadang-kadang ada! Kat dalam mulut anak tak yah cakap la. Menyusu dan merangkak kompom jumpa rambut.
Bila macam ni, nadim perlu buat sesuatu. Dan alhamdulillah, produk saranan untuk rambut gugur ni sangat-sangat berkesan untuk nadim. Tak lama pon penggunaan, masalah rambut gugur totally selesai. Dan sekarang, hanya maintain dan jauh lebih baik daripada anak dara!
Jangan tak taw, masa anak dara pon rambut dah gugur. Sapu sana sini mesti sapu sekali dengan rambut. Sekarang? Hanya di sikat rambut sahaja. Dan 2-3 helai jer😊
Apa kata pengguna yang mengamalkan supplement untuk rambut gugur?
Macam mana, rasa nak cuba ambil supplement untuk rambut gugur dan amalkan petua di atas?
Hubungi terus saya, jangan tunggu-tunggu. Rambut yang gugur banyak sangat boleh dirawat dengan mudah jer bila kene cara. Tak kene cara, sampai besar pon masih lagi rumah penuh dengan rambut. Toilet tersumbat sana sini dengan rambut, dan suami hari-hari mengata.
Rambut mahkota wanita.
Rakan Shaklee Anda
Nadimah Muhammad (Nadim)
- ♥ WhatsApp : 014-9408215
♥ FB Page: gerobok Sihat
♥ FB : Nadimah Muhammad
♥ COD : Jalan Kebun, Kg Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Comments
Post a Comment