SUSU BADAN SANGAT SEDIKIT LEPAS BERSALIN
Teringat lagi nadim dulu lepas bersalinkan Zayyad Zikri, kekoknya nak bagi susu kat dia. Keluar tak susu ni? Macam takde je susu ni. Dengan nak sesuaikan anak lagi, nak susukan lagi.
Takpe, nadim tak hiraukan pon. Memang dah set dalam minda, saya ada susu untuk anak saya. Setiap masa, ambik dia untuk susukan. Sejam sekali, dia gerak sikit je bagi breast😅. Walaupon mama kekok. Hahahaha. Lantakla betulke tak. Janji breast masuk mulut dia. Areola pon masuk sama bukan puting je. Walaupon mulut dia tu bukak kecik😂
Seriusly, bila picit memang sangat susah nak keluar. Sikitnya susu. Tapi susu tu warna keemasan. Pekat! Ha, ni lah kolostrum. Yeahhhh, i got mine for him to direct latch.
Seminggu hari pertama memang mencabar. Dia nangis banyak jugakla. Nangis je nadim angkat. Hoho. Sebab apa? Sebab orang kata nadim tak cukup susu. Dia lapar. Masa tu baru acah-acah perah susu dengan tangan. Marmet. Nampak susu warna kuning. Hampir 1oz. 1oz jer! Gatal nak perah kan. Down?
Oho, i know it.
Tengok saje gambar ni. Baby minum sikit je and cukup 1oz tu untuk dia. I am not worry.
Titisan emas ni mula bertambah hari ke hari lepas nadim perah. Yup, perah bila dia tidur. Waktu pantang nadim, mostly nadim spend time untuk belajar breastfeeding. Susukan direct, lepas dia menyusu, continue marmet. Hingga minggu kedua, nadim gunakan pam lacte duet. Takde rehat, sebab nak susu banyak.
Titisan emas ni sangat kaya dengan nutrisi yer. Memang tak disia-siakan. Berderet botol susu penuh dengan susu warna kuning dalam peti ais. Hoho.
Kalau baby jaundis, baby tu akan lebih kerap tidur daripada jaga. Dah kejut banyak kali minum susu pon dia tidur jugak. Yang ni memang kene pam selalu. 2-3 jam sekali. Nanti susu akan sentiasa re-produce..jangan risau, susu ibu tetap ada untuk anak dan cukup untuk dia.
Jangan cepat melatah taw bila orang cakap susu kita takde. Stay firm, i have my own breastmilk. And follow rules demand and supply.
Bermula daripada tak sampai 1oz setiap breast, alhamdulillah minggu kedua dah 2oz satu. Masa ni memang kalau anak menyusu nadim letak pam lagi sebelah. Sebabnya electric shock! Haha. Susu sebelah tu akan membasahi bajuku. So better way, i collect sekali. Dan sangat cepat dapat 2oz berbanding pam semata-mata tanpa baby minum sebelah.
Minggu-minggu seterusnya berlalu begitu, baju memang bau susu setiap hari. Lambat je susukan zayyad, baju akan basah. Lambat pam, baju basah. Akhirnya sebulan berpantang, nadim bawak balik 2 tong susu EBM frozen ke Klang😊
So, mommies out there, susu badan sikit masa lepas bersalin tu normal. Sebab kolostrum pekat memang susah nak keluar.
Slowly dia akan keluar, lama-lama akan banyak ikut keperluan anak. Dalam masa yang sama, jangan lupa keperluan nutrisi kita sebagai ibu menyusu yer. Bukan milkbooster, tapi nutrisi lengkap ibu menyusu.
- Protein
- Kalsium
- Vitamin C
- Magnesium
- Zat besi
- Omega-3
Menyusukan anak ni satu jihad. Pada suami, bantulah isteri anda dengan berikan sokongan luaran dan dalaman untuk terus berusaha sempurnakan penyusuan anak.
Nadimah Muhammad
Nadimah Muhammad
Mom of Zayyad Zikri
Comments
Post a Comment